Categories: KhasKolum

Artis Nasyid dan Gambar Komersial

Gambar Komersial Saujana

Gambar komersial memainkan peranan penting dalam pembentukan imej dan ‘branding’ sesuatu produk. Kadang-kadang, ia kelihatan remeh tetapi mampu memberikan impak yang besar terhadap publisiti dan ‘marketing’ produk tersebut. Begitulah juga artis!

Gambar komersial artis sebenarnya memainkan peranan yang besar dalam proses pembentukan imej dan ‘branding’ artis tersebut. Lihat sahaja beberapa kumpulan besar seperti Raihan, Hijjaz dan Rabbani. Selain kekuatan vokal yang cukup dikagumi, mereka dilihat berjaya mem’patern’kan imej mereka di kalangan para peminat. Gambar komersial mereka menjadi rujukan ramai pihak. Baju, kopiah serta gaya mereka turut ditiru segelintir peminat dan tidak kurang juga ada artis yang turut mencontohinya.

Ada segelintir artis yang hanya mempunyai 1 sahaja gambar komersial dari awal pembabitannya dalam industri hinggalah sekarang! Ada juga segelintir yang langsung tidak mempunyai gambar komersial. Hanya bergantung pada gambar di album mereka atau gambar yang ditangkap peminat. Kadang-kadang, pihak penganjur mengalami kesulitan untuk mengambil gambar yang sesuai di Facebook artis untuk diletakkan di poster sesebuah konsert!

Berikut disenaraikan kelebihan memiliki gambar komersial :

Gambar komersial menentukan ‘nilai’ seseorang artis.
Segelintir penganjur konsert cenderung untuk memberi bayaran yang rendah kepada artis nasyid yang tidak memiliki gambar komersial yang menarik. Gambar yang suram hanya memberi ‘bad impression’ kepada pihak penganjur untuk memberi bayaran yang tinggi.

Gambar komersial membantu promosi konsert.
Gambar komersial yang baik mampu membantu promosi sesebuah konsert. Tidak dinafikan, selain nama yang besar, gambar yang tertera di poster, bunting dan banner konsert mampu menarik minat orang ramai untuk membeli tiket konsert tersebut.

Gambar komersial menentukan standard artis.
Ramai penganjur majlis atau acara berprofil tinggi cenderung untuk mengundang artis yang mempunyai nilai komersial yang tinggi. Dari mana datangnya penanda aras untuk mengukur tahap komersial seseroang artis? Dari kekuatan vokalnya, pakaian, imej peribadi dan tidak dilupakan gambar komersialnya!

Gambar komersial menonjolkan muzik artis.
Kita tidak perlu berpenat lelah untuk menghebahkan genre muzik kita. Bagi mereka yang gemar menyanyikan lagu nasyid secara akustik, kenakan pakaian yang sopan dan kemas (dan stylo!), kemudian capai gitar dan bergambarlah!

Gambar komersial sebagai bahan promosi terbaik!
Sudah menjadi fitrah semulajadi kepada setiap manusia untuk suka melihat benda-benda yang cantik, indah dan menarik. Gambar komersial yang cantik dan menarik dilihat mampu menjadi bahan promosi kepada seseorang artis.

Hakikatnya, banyak lagi kelebihan-kelebihan memiliki gambar komersial bagi seseorang artis. Semakin popular artis tersebut, semakin banyaklah gambar komersialnya! Artis popular cenderung untuk menghasilkan gambar komersial yang berbeza gaya, fesyen dan penampilan semata-mata untuk memberi imej yang segar kepada peminat! (Rujuk Maher Zain)

Disini, saya kongsikan beberapa tips untuk bergambar bagi tujuan gambar komersial.

  • Pakai pakaian yang berwarna cerah dan menarik bersesuaian dengan warna kulit.
  • Pastikan pakaian dan kasut anda bersih dan terhindar dari sebarang kotoran. (Malu kalau baju dan seluar lawa tetapi kasut kotor. huhu)
  • Senyum.. Senyum memberikan aura positif kepada mereka yang bakal melihat gambar itu nanti.
  • Jangan statik dan kaku. Berikan posing terbaik anda. Kalau kurang mahir, dapatkan khidmat rakan-rakan atau tanya kepada jurufoto yang mengambil gambar anda. Jurufoto yang professional tahu posing terbaik untuk anda.
  • Bawa objek-objek yang boleh dijadikan props untuk gambar komersial anda seperti alat muzik, mikrofon antik dan apa-apa objek yang relevan. (Hafiz Hamidun pernah bergambar dengan mikrofon yang style untuk album Syukran. Lawa kan?)
  • Minta jurufoto mengambil beberapa gambar dengan pose berbeza, style berbeza dan props berbeza. Kalau boleh, dengan beberapa baju yang berbeza!
  • Kadang-kadang, gambar kandid juga lawa untuk gambar komersial kumpulan. (Saya suka gambar kandid Inteam yang kelihatan seperti sedang bergurau. Ia menjadikan gambar komersial mereka tidak terlalu formal dan lebih santai)

Yang penting, peruntukkan sedikit duit untuk mendapatkan khidmat jurufoto professional. Ambillah beberapa gambar di studio dan mungkin juga boleh ambil gambar outdoor mengikut kesesuaian.

Artikel ini ditulis bukan untuk mengajar mana-mana artis sebaliknya ia merupakan cetusan rasa hati seorang peminat nasyid yang ingin melihat artis nasyid dipandang tinggi oleh semua pihak dan tiada lagi insiden artis nasyid dipandang rendah oleh sesiapa. Ia juga bagi memartabatkan industri nasyid ke tahap yang lebih membanggakan, inshaALLAH. -Munsyeed{Dot}Com

p/s: Saya suka gambar komersial Saujana yang baru. =D

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago