Categories: Terkini

Asas Recording -Bahagian 2

ASAS RECORDING (BAHAGIAN DUA)

Pada asasnya, sesi recording atau rakaman melibatkan beberapa peringkat. Proses ini boleh dianggap sebagai cara-cara untuk menyiapkan sesuatu lagu, dari peringkat asas menulis sehingga terbitnya lagu tersebut, samada di dalam album, radio atau sebagainya.

Secara asasnya, peringkat-peringkat yang perlu dilalui dalam menyiapkan sesebuah lagu ialah seperti berikut:

–          Penciptaan lagu/penulisan lirik

–          Penyusunan muzik

–          Sesi rakaman muzik/vokal

–          Mixing

–          Mastering

PENCIPTAAN LAGU/LIRIK

Peringkat ini adalah peringkat paling asas, atau permulaan dalam mencipta lagu. Segala melodi, bentuk asas lagu yang dimahukan dibentuk dalam proses ini.

Bagi penulisan lirik pula, ada dua teknik yang berbeza. Ada yang gemar menulis melodi terlebih dahulu dan lirik akan ditulis berasaskan melodi yang dicipta. Ada mula yang selesa menyiapkan lirik dahulu, kemudian baru dipadankan dengan melodi yang sesuai. Apapun tiada yang khusus dalam teknik ini, semua bergantung kepada keselesaan.

PENYUSUNAN MUZIK.

Apabila sesebuah melodi dan lirik sudah lengkap, ia akan diberikan kepada penyusun muzik. Pada asasnya, sebaik melodi dan lirik diterima, ia akan dipadankan dengan kord dan ‘chord progression’ terlebih dahulu untuk menentukan key  sesebuah lagu. Selepas itu, satu persatu instrument track akan dimasukkan.

SESI RAKAMAN MUZIK/VOKAL

Ada artis yang mahukan lagu mereka dirakamkan muziknya secara live instrument. Proses itu perlu dilakukan distudio menggunakan real instrument.

Manakala bagi vokal pula, kebiasaannya dilakukan di studio yang mempunyai live room. Ini kerana merakam vokal dalam live room dapat mengelakan daripada bunyi bising masuk dalam mikrofon. Walaubagaimanapun, terdapat juga teknik dimana kita boleh merakamkan vokal tanpa memerlukan live room seperti di studio. Cumanya, ia memerlukan teknik dan equipment yang sedikit  berbeza.

MIXING

Setelah semua track muzik dan vokal siap dirakam, proses yang perlu dilalui untuk menyiapkan sesebuah lagu ialah mixing atau adunan. Proses mixing bermaksud setiap track yang dirakam (vokal, instrument) diadun untuk menghasilkan sebuah lagu.

Diantara yang perlu dilakukan dalam proses mixing ini antaranya ialah menentukan level setiap track, membuat editing terhadap mana-mana kesilapan, meletakkan efek yang perlu seperti reverb, delay, compressor dan sebagainya. Perlu diingat, proses ini amat penting untuk menentukan karakter bunyi dan definasi sesebuah lagu tersebut.

MASTERING

Proses terakhir untuk menyiapkan sesebuah lagu ialah mastering. Mastering ialah proses dimana final mix sesebuah lagu itu diseragamkan levelnya sebelum dicetak pada CD atau untuk siaran radio.

Kenapa Mastering? Ini kerana, setiap file final mix yang telah kita buat perlu di’polish’  levelnya, untuk menjadi lebih baik bunyinya dari segi EQ, clarity dan dinamiknya. Dalam erti kata lain, nak bagi sedap telinga mendengar. Maklum sahajalah, mungkin semasa proses mixing, ada frekuensi dan claritynya yang terlebih atau terkurang, ia akan dimasterkan untuk sound yang lebih baik

Namun begitu, saya  AMAT TIDAK MENCADANGKAN proses Mastering ini dilakukan sendiri di home studio, kerana mungkin kita tidak dapat membezakan frekuensi yang perlu diubah semasa proses mastering. Ini kerana kita sudah mendengar lagu tersebut berpuluh, mungkin beratus kali semasa proses rakaman dan mixing. Dalam erti kata lain, lebih molek kalau mastering dilakukan oleh professional, kerana mereka mempunyai equipment yang mampu menghasilkan final master yang terbaik.

Itu gambaran secara kasar proses yang dilalui dalam penghasilan sesebuah lagu. Jangan risau, insyaallah saya akan  perincikan lebih detail lagi setiap proses ini dimasa akan datang. Sebarang soalan, jangan malu bertanya ya!

Aizat Ikhwan

Mula mengenali dunia nasyid sejak di bangku sekolah. Pernah berkecimpung dalam bidang produksi beberapa lagu nasyid, namun beliau mendapati dirinya lebih sesuai berkecimpung dalam bidang media. Pengalaman ‘berguru’ dengan orang-orang lama Utusan, Berita Harian dan Bernama sedikit sebanyak mencorakkan gaya kewartawanannya walaupun tidak mendapat latihan kewartawanan secara formal. Beliau juga pernah menghadiri pengajian muzik secara formal bersama pensyarah di Aswara dalam major Bass Guitar

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

6 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

6 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

6 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

6 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

6 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

6 months ago