Categories: BeritaTempatanTerkini

Astro Umum 10 Peserta Pencetus Ummah Musim Ke-2

Baru-baru ini, pihak Astro Oasis telah mengumumkan nama 10 peserta rancangan realiti tv Pencetus Ummah untuk musim ke-2.

Pengumuman tersebut telah dibuat pada Majlis Sidang Media Pencetus Ummah Musim Ke-2 yang diadakan di The Royale Chulan Kuala Lumpur.

Pada sidang media tersebut, pihak Astro Oasis telah memperkenalkan 10 peserta yang telah terpilih dari sesi ujibakat yang telah diadakan baru-baru ini. Setiap peserta diberi peluang untuk memperkenalkan diri dengan cara tersendiri dan kreatif.

Berikut adalah 10 peserta yang telah terpilih untuk Pencetus Ummah musim ke-2:

Para peserta yang terpilih untuk Pencetus Ummah musim ke-2.

Disamping itu, pihak pengurusan Astro Oasis juga tidak ketinggalan memperkenalkan para murabbi yang akan bertindak sebagai tenaga pengajar dan pembimbing untuk Pencetus Ummah musim ini.

Murabbi Pencetus Ummah Musim Ke-2. Dari kiri Fauziah Nawi, Ustaz Tarmizi dan Ustaz Haslin

Ustaz Haslin Baharin atau lebih popular dengan panggilan Ustaz Haslin Bollywood telah terpilih bersama Ustaz Tarmizi dan Fauziah Nawi untuk menggalas amanah sebagai Murabbi bagi program Pencetus Ummah pada kali ini.

Menarik bukan? Jadi jangan lepaskan peluang untuk menonton rancangan Pencetus Ummah musim ke-2 yang akan mula disiarkan pada 13 November 2014 di saluran Astro Oasis dan Maya HD.

Munsyeed Admin

Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

2 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

2 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

2 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

2 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

2 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

2 months ago