TV internet telah menjadi alternatif kepada stesyen televisyen perdana kerana faktor kemudahan internet yang mesra pengguna dan sangat dekat dengan remaja. Kini sebuah channel telah diterbitkan dengan menggunakan platform sosial media yang terkemuka iaitu Facebook. TV Online tersebut diberi nama Asyik TV.
Terbaru, Asyik TV telah memperkenalkan sebuah saluran istimewa berbentuk Islami yang diberi nama Cool Dates To View (CDTV).
CDTV merupakan sebuah saluran yang memaparkan video muzik nasyid dari dalam dan luar negara serta ceramah-ceramah secara live dan rakaman eksklusif kepada penonton di depan laptop, pc atau aplikasi telefon pintar (smartphone).
Para penonton hanya perlu ke saluran CDTV di www.fb.me/CoolDatestv, klik ‘Live TV’ dan klik ‘Play’untuk menonton pelbagai video muzik nasyid terbaik dari dalam dan luar negara, rakaman ceramah agama dan juga pelbagai video menarik yang bakal disajikan di CDTV.
Ketika diwawancara pihak Munsyeed, Syed Izzat Bin Syed Mahadi memberitahu, CDTV merupakan sebuah saluran TV online yang cukup interaktif dan sesuai ditonton oleh pelbagai lapisan masyarakat.
“Hidangkan anak-anak dan ahli keluarga kita dengan ilmu bermanfaat dan kawal mereka dengan hiburan mendidik jiwa yang tidak melalaikan daripada mengingati Allah. CDTV adalah platform yang kita sediakan. Selebihnya, para penonton yang mengambil peluang untuk memanfaatkan kemudahan yang disediakan.” jelas Izzat.
Tambah Izzat lagi, “Firman Allah dalam Quran: “Dan bertolong-bantulah kamu dalam perkara kebajikan dan takwa; dan jangan kamu bertolong bantu dalam kejahatan dan dosa.” (al-Maaidah: 2) telah menjadikan usaha ini suatu fardhu Ain kepada semua umat Islam untuk membentuk fikiran generasi muda. Pastikan anda tidak ketinggalan untuk ‘like’ page CDTV untuk menonton secara langsung saluran tv ini. Perlu diingatkan agar tidak ragu-ragu untuk memuat turun Octoshape HD Optimizer sebelum dapat menonton CDTV.”
Kepada kumpulan nasyid yang ingin menghantarkan promo produk terbaru, atau pengusaha filem pendek yang ingin menghantar filem berunsur agama, bolehlah berbuat demikian dengan menghubungi admin di www.fb.me/CoolDatesTV.
– Munsyeed{Dot}Com