Categories: Berita

Atiqah Sempurnakan Cinta Ahnaf Al-Gebra

Ahnaf Jamal dan isteri, Nur Atiqah. Gambar ihsan: Hally Hassan.

Pada hari Jumaat, 8 Jun 2012, vokalis kumpulan AlGebra, Ahnaf Jamal telah selamat dinikahkan bersama suri hati tercinta, Nur Atiqah Mohd Nissfu. Majlis akad nikah ini telah berlangsung di sebuah masjid di Perlis yang merupakan kampung halaman pengantin perempuan.

Ahnaf dan Atiqah merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam jurusan seni bina. Sewaktu menuntut di UIAM, Ahnaf dan Atiqah merupakan mahasiswa/i yang cukup aktif. Selain menuntut ilmu, Ahnaf aktif dalam bidang seni suara bersama kumpulan AlGebra. Mereka sempat muncul dengan album pertama berjudul Yang Benar Tetap Benar, yang mana single utama album ini hasil nukilan bekas mufti Perlis, Prof Madya, Datuk Asri Zainal Abidin. Atiqah pula merupakan pemimpin didalam Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang mewakili Kuliyyah Senibina UIAM.

Tahniah diucapkan kepada pasangan raja sehari Ahnaf Jamal dan Nur Atiqah Mohd Nissfu.

Barakallahu lakuma wabarakah ‘alaikuma wajama’a baina kuma fikhair.

Ahnaf memakaikan gelang kepada isteri tercinta, Nur Atiqah. Gambar ihsan: Shifaa Jamal.

.

Semoga bahagia hingga ke syurga. Gambar ihsan: Fatin Sharullnizan.

 

-Munsyeed{Dot}Com

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago