Categories: BeritaTempatan

Azhan Atan Perlu 15K Jalani Pembedahan

Azhan Atan, Johan Akademi Nasyid TV9

Johan program realiti tv Akademi Nasyid TV9, Azhan Atan dilaporkan mengalami masalah penglihatan yang semakin serius. Azhan; 40 tahun, dikatakan menghadapi kesukaran untuk melihat dan bergerak apabila masalah penglihatan beliau dilaporkan semakin teruk setelah menjalani pemeriksaan di sebuah hospital di Terengganu.

Ketika dihubungi pihak Munsyeed{Dot}Com, Azhan memaklumkan yang beliau akan menjalani proses pembedahan membuang selaput luar mata serta pembedahan saraf atas nasihat doktor.

Menurut Azhan, pembedahan tersebut akan memakan kos perbelanjaan sekitar RM 15,000. Kos tersebut tidak termasuk beberapa kos tambahan lain yang mungkin timbul apabila pembedahan selesai dilakukan seperti rawatan susulan dan sebagainya.

Kepada mereka yang berhasrat untuk membantu meringankan bebanan Azhan, anda boleh menyumbang di akaun berikut:

  • Bank Islam
  • Azhan Bin Atan
  • 01014020259224

Kami di Munsyeed{Dot}Com tumpang simpati terhadap ujian yang melanda Azhan Atan. Kami berdoa semoga Azhan cepat sembuh dan kembali aktif dalam gerakan dakwah yang diperjuangkan dan karier seni yang diceburi beliau.

-Munsyeed{Dot}Com

Munsyeed Admin

Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

4 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

4 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

4 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

4 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

4 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

4 months ago