Categories: Terkini

Bangkit Dari Kecewa, Aniq Muhai Tampil Dengan Mahakarya

Nama Aniq Muhai kini semakin mesra di bibir peminat dunia hiburan selepas dinobatkan sebagai Artis Nasyid Baharu Pilihan di malam Anugerah Nasyid Malaysia yang bersiaran secara langsung di RTM TV1 Disember tahun lalu. Beliau yang sebelum ini muncul dengan single Hingga Saat Akhir kini tampil lebih bertenaga menerusi lagu baharu bertajuk Mahakarya.


Ketika ditemui Aniq menzahirkan rasa syukur selepas melihat sambutan yang diberikan oleh peminat terhadap Mahakarya yang disifatkan sebagai amat luar biasa. Menurut Aniq Muhai, lagu Mahakarya mencipta satu pencapaian peribadi yang baru buat beliau apabila berjaya menduduki carta trending di YouTube Malaysia selepas lebih 24 jam ia diterbitkan.
Bercerita mengenai lagu itu, penyanyi berkacukan melayu-cina itu melihat lagu Mahakarya sebagai sebuah karya yang membawakan mesej kebangkitan setelah terus-menerus jatuh dalam kehidupan. Laras bahasa pada liriknya yang lembut dan seakan memujuk menjadikan Mahakarya sebuah lagu yang mampu memberikan inspirasi kepada para pendengar untuk terus berjuang


Bagi Aniq, beliau merasakan Mahakarya seakan menggambarkan keadaan beliau sebelum ini yang terkesan berikutan pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan pertama pada Mac tahun lalu.
“Hingga Saat Akhir keluar 2 hari sebelum pengumuman PKP pertama dibuat oleh YAB Perdana Menteri. Akibatnya banyak yang dirancang untuk single itu terpaksa dibatalkan dan tim produksi terpaksa membuat perancangan baru dalam suasana yang tiada siapa dapat menjangka apa yang akan berlaku.


“Situasi ini sedikit sebanyak memberi impak terhadap sambutan Hingga Saat Akhir dan diri saya sendiri pada ketika itu.


“Sejujurnya saya serba salah. Banyak yang telah dilaburkan. Ditambah pula PKP buat pertama kalinya dijalankan. Saya buntu. Masa tu dalam kepala asyik fikir betapa saya telah kecewakan kru dan sahabat-sahabat di Tarbiah Sentap Records.


“Alhamdulillah, saya berasa amat bersyukur dikurniakan sahabat-sahabat seperti Ustaz Adnin dan Akmal yang tidak jemu mememberikan bantuan serta kata-kata semangat untuk teruskan perjuangan. Maka lahirlah single solo kedua Aniq di bawah TSR berjudul Mahakarya, sebuah lagu yang membawakan mesej kebangkitan dari kejatuhan yang lalu.


Tambah Aniq lagi, Mahakarya bukan sekadar lagu biasa. Bahkan ia adalah sebuah karya pujukan kepada diri yang telah berulang kali diuji namun masih kuat berdiri sehingga ke hari ini. Malah tanpa sedar kekuatan bagi menghadapi ujian itu adalah hasil kebergantungan kepada Sang Penyusun atur cerita hidup yang di penghujungnya terhasil sebuah mahakarya.


“Seperti mesej di dalam Mahakarya, hari ini lagu Hingga Saat Akhir berada di kedudukan nombor 1 di beberapa carta lagu di stesen radio tempatan termasuk carta nasyid IKIM dan carta Zayan FM. Malah lagu Mazhab Cinta yang turut menampilkan saya menjadi juara di carta Salam FM.
Aniq yang turut dinobatkan sebagai Artis Nasyid Baharu Pilihan di malam Anugerah Nasyid Malaysia tahun lalu merasakan setiap cabaran yang dilaluinya memiliki hikmahnya yang tersendiri.


“Semua yang berlaku ada hikmahnya. Bunyi macam cliche tapi itulah hakikat yang saya rasai hari ini. Memiliki sahabat yang baik, peminat Muhaiminians dan fans Tarbiah Sentap yang sentiasa supportive itu semua suatu rahmat yang tidak akan saya lupakan”


Klip video rasmi Mahakarya arahan Aidil Azhar kini boleh ditonton di laman rasmi YouTube Tarbiah Sentap dan distrim disemua platform digital

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

2 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

2 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

2 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

2 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

2 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

2 months ago