Categories: Terkini

Baru Minggu Pertama, Ada Peserta Akademi Qurra’ Undur Diri?

Baru minggu pertama, tetapi sudah penuh kejutan! Itulah yang berlaku pada program Akademi Qurra malam tadi!

Tirai episod pertama Akademi Qurra’, sebuah program realiti taranum al-Quran di TV AlHijrah dilabuhkan dengan penuh kejutan apabila peserta dari Kelantan, Tilmiz Arif menarik diri secara rasmi.

Pengumuman yang dibuat Raqib Majid selaku hos rancangan di minit-minit akhir rancangan itu pada awalnya agak mengelirukan kerana penonton dimaklumkan bahawa Tilmiz Arif tersingkir dan bukan menarik diri.

Pemangku Pengurus Kanan Kandungan TV AlHijrah, Zulkarnaen Mokhtar berkata, Tilmiz Arif bukan tersingkir kerana memperoleh markah yang rendah. Sebaliknya, beliau memilih untuk menarik diri disebabkan isterinya sedang sarat hamil. Tambahan, terdapat beberapa urusan peribadi lain yang tidak dapat dielakkan.

“Memang tiada penyingkiran di episod pertama Akademi Qurra’ 2024. Kita mahu peserta panaskan badan dahulu. Namun, disebabkan Tilmiz Arif yang mohon undur diri, maka penyingkiran terpaksa dibuat secara rasmi.

“Pengunduran Tilmiz Arif memberikan peluang kepada Tilmizah Athiyyah untuk menyambung ruang juang di bawah Mudarris Amar. Insya-Allah, semuanya akan baik-baik sahaja,” katanya.

Zulkarnaen turut berkongsi penerimaan positif penonton terhadap musim kedua rancangan Akademi Qurra’ ini.

“Kami terima banyak permintaan untuk meneruskan musim kedua. Malah, jika kita lihat tontonan live mencecah 900 penonton. Untuk rancangan keagamaan, jumlah ini cukup baik.

“Saya jangkakan, kita akan lihat kemajuan rating dan ranking dari minggu ke minggu. Namun, yang paling penting kita mahu penonton beroleh ilmu al-Quran untuk diamalkan dalam kehidupan,” jelasnya.

Episod pertama bertemakan Jihad turut menyaksikan Tilmiz Amnan dan Tilmizah Firza menjadi pilihan juri apabila masing-masing memperoleh markah tertinggi sebanyak 92 peratus.

Tilmiz Amnan yang diuji dengan taranum Hijaz menerusi surah Al-Hijr, ayat 9 mendapat komen baik dari Dr. Anuar Hasin selaku juri jemputan ekoran mempunyai lontaran suara yang luas, capaian yang padu dan nafas yang selesa.

Juri tetap Ustazah Sharifah Khasif turut memberi komen positif terhadap lontaran baik Tilmizah Firza yang menbaca surah Al-A’raf ayat 201 dengan taranum Nahawand.

Selain itu, momen manis buat Tilmiz Luqman saat berjaya dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Alunan Terindah menerusi alunan taranum Nahawand yang dilontarkannya apabila diminta oleh juri untuk membacakan Surah Ar-Ra’ad, ayat 31.

Kejayaan Tilmiz Luqman, yang juga merupakan peserta termuda dari Johor itu membolehkannya membawa pulang wang tunai berjumlah RM500 sumbangan Million Bucks dan sebuah rehal al-Quran.

Sebagai rekod, kesemua 12 peserta Akademi Qurra’ 2024 diletakkan di bawah bimbingan Mudarris Ammar, Mudarrisah Nadiah dan Mudarrisah Suhailah.

Tilmiz Nabil, Tilmizah Syahira, Tilmizah Athiyyah dan Tilmiz Dr. Adli berada di bawah pantauan Mudarris Ammar. Tilmizah Sofea, Tilmizah Busyra, Tilmiz Taufiq dan Tilmizah Firza berada dibawah seliaan Mudarrisah Nadiah. Manakala, Mudarrisah Suhailah pula merupakan pengajar kepada Tilmiz Luqman, Tilmizah Ainsyafa, Tilmiz Amnan dan Tilmizah Sholihah.

Rancangan yang disiarkan secara langsung dari Studio Digital TV AlHijrah pada setiap Sabtu, jam 9 malam, turut diadili oleh Ustazah Sharifah Khasif Fadzillah selaku juri tetap dan dibantu oleh juri khas iaitu Ustaz Muhammad Qayyim Nizar Sarim.

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago