Categories: BeritaTempatan

Bayi Hazar Wildan Ditahan Di NICU

Wildan – Usah Berpaling Lagi. Dari kiri: Hazar, Zaidi dan Che Li.

Semalam kami menerima mesej ringkas daripada salah seorang vokalis Wildan, Wan Hazaruddin atau lebih mesra disapa Hazar Wildan. Dalam mesej tersebut, Hazar memberitahu yang anakanda kedua beliau yang baru lahir Rabu lalu telah dimasukkan ke wad NICU ekoran masalah paru-paru dan kurang oksigen dalam badan.

“Anak ana sedang kritikal di Hospital Selayang sekarang. Doktor mengesahkan anak ana ada masalah paru-paru dan kurang oksigen dalam badan.” ujar Hazar.

Dalam mesej yang sama, Hazar turut memohon kepada sahabat-sahabat agar dapat sama-sama mendoakan keselamatan dan kesembuhan buat bayi kedua beliau.

“Ana mohon sahabat-sahabat mendoakan kesihatan anak ana yang baru lahir ini. Doakan yang terbaik untuk bayi kecil ini.” ucap Hazar sebelum mengakhiri mesej.

Isteri Hazar, Norazwani Shaari melihat keadaan putrinya yang masih berada di Wad NICU, Hospital Selayang. Sumber: Hazar Wildan.

Sementara itu, kami turut mendapat berita lanjut mengenai bayi Hazar melalui rakan Hazar iaitu Hafiz dari kumpulan As-Saufee.

Menurut Hafiz, cahaya mata kedua Hazar ini merupakan bayi perempuan.

“Bayi ini lahir pada hari Rabu lepas dan overdue 4 hari. Hazar sendiri yang menyambut kelahiran bayi ini apabila isterinya bersalin di rumah dan tidak sempat dikejarkan ke hospital. Sewaktu menyambut bayi ini, bayi sudah sejuk, lepas sejam baru ambulan datang.” cerita Hafiz.

Hasil pemeriksaan, bayi tersebut ada masalah paru-paru dan pernafasan tidak konsisten. Sekarang masih kritikal dan bergantung sepenuhnya pada mesin pernafasan.

Kami di Munsyeed Dot Com mendoakan semoga bayi kedua Hazar kembali sembuh, sihat dan dapat menjalani kehidupan sebagai ‘insan baru’ di dunia ini. Ameen.

INFO TERBARU
Kami baru mendapat info daripada Hazar Wildan.

29 Oktober 2013
“Hari ini genaplah 7 hari umur bidadari kami. Kami namakannya ” Wan Nur El-Asyfa yang membawa maksud Cahaya Penyembuh. Semoga dengan berkat nama ini, bayi akan cepat sembuh dan pulang ke rumah. Allahumma ameen.”

2 November 2013
“Alhamdulillah. Asyfa makin menunjukkan perkembangan positif. Mohon doakan dia cepat sembuh ya.” kata Hazar melalui akaun Facebook miliknya.

– Munsyeed Dot Com

Munsyeed Admin

Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago