Categories: BeritaTempatanTerkini

Biar Satu Dunia Tahu – Solidariti Faizal Tahir dan Mirwana Untuk Palestin

Bermula dari niat dan tujuan yang sama, Faizal Tahir dan Mirwana sekali lagi bergabung tenaga dalam sebuah lagu bertajuk “Biar Satu Dunia Tahu.” Kolaborasi ini bukan sekadar mempersembahkan gabungan elemen muzik moden dan gubahan suara yang unik, tetapi juga menyuarakan sokongan yang berterusan untuk rakyat Palestin dalam suasana genting yang mereka hadapi.

Ditulis oleh Fahimi Rahmat, Firdaus Rahmat & Faizal Tahir sendiri, “Biar Satu Dunia Tahu” merupakan sebuah karya yang membawa mesej kesatuan dalam menghadapi musuh dan ketidakadilan dunia hari ini. Liriknya menggambarkan keperihatinan terhadap nasib rakyat Palestin dan menyeru agar dunia sentiasa berdiri bersama-sama dalam menegakkan kemanusiaan.

Faizal menyatakan hasratnya, “Setiap dari kita ada peranan masing-masing. ‘Biar Satu Dunia Tahu’ adalah usaha kami untuk terus bersuara dan dalam masa-masa sukar seperti ini, doa dan sokongan dari kita semua adalah sangat penting. Melalui muzik, kami berharap agar solidariti ini dapat menjangkau lebih ramai orang dan menggerakkan sesuatu yang positif bagi membantu rakyat Palestin.”

Faizal Tahir dan Mirwana menekankan bahawa “Biar Satu Dunia Tahu” bukan sekadar lagu dan hiburan, tetapi satu panggilan untuk kita semua agar terus berdiri bersama dalam mengekalkan kemanusiaan. Lagu ini adalah satu pengingat kepada kita bahawa sebagai manusia, kita sentiasa perlu bersikap konsisten dalam mengamalkan nilai-nilai kemanusiaan.

“Biar Satu Dunia Tahu” telah dilancarkan secara rasmi pada 6 Mac lalu dan boleh didengar di semua platform muzik digital. Sementara Video Muzik pula juga boleh ditonton di saluran YouTube Faizal Tahir.

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago