Categories: Terkini

CEO TV AlHijrah Terima Anugerah Asean Inspiring Award Winner 2021

Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah Namanzee Harris menerima Anugerah Asean Inspiring Award Winner 2021 Innovation-Inspire-Creativity anjuran Indonesia Award Magazine atas pembabitan serta kepimpinan beliau dalam dunia penyiaran Islam.

Namanzee menerima Anugerah Asean Inspiring Award Winner 2021 Innovation-Inspire-Creativity secara virtual yang diadakan di Jakarta, Indonesia semalam, Jumaat 23 April 2021.

Pengiktirafan peringkat Asean ini diberikan kepada Namanzee berdasarkan keupayaan serta komitmen berterusan beliau dalam membangunkan TV AlHijrah sebagai stesen penyiaran dakwah yang berinovasi serta kreatif.

Dalam ucapan beliau, Namanzee berkata kemenangan ini membuktikan peranan penyiaran Islam sebagai agen informasi dan wahana paling berkesan untuk membekalkan maklumat tentang Islam serta membekalkan kandungan alternatif secara kompetetif di peringkat antarabangsa.

“Secara realiti, ia bukan sesuatu yang mudah untuk stesen televisyen Islam kekal releven dan bersaing terutamanya di saat dunia berhadapan dengan wabak Covid-19 yang merubah pola kehidupan sosial serta landskap ekonomi masyarakat dunia.

“Saya bertuah kerana dikelilingi warga kerja TV AlHijrah yang senantiasa bekerja keras secara kolektif dalam industri kreatif ini. Anugerah ini pastinya memberikan satu lonjakan semangat kepada kami semua untuk terus bersaing di peringkat antarabangsa sebagai peneraju inovasi dakwah dalam industri kreatif.

Tambah beliau, TV AlHijrah akan terus berusaha untuk menjadi media dakwah yang mengangkat penerapan Islam as a way of life, agama yang rahmah didekati termasuk penonton bukan beragama Islam.

“Suku kedua tahun 2021 bakal menyaksikan lebih banyak program berimpak tinggi yang akan kami terbitkan dan siarkan demi memenuhi aspirasi penyiaran negara dan selera penonton yang dahagakan program ilmiah yang mendidik dan menghiburkan selari dengan ajaran agama, batasan budaya dan norma masyarakat majmuk di Malaysia.

“Terkini, kami akan siarkan program Khatam Al-Quran Perdana secara langsung selama 12 jam pada Ahad, 9 Mei 2021 akan datang. Rancangan ini akan mengajak penonton untuk bertadarus seisi keluarga bersama barisan Qari terkenal negara dalam usaha mengimarahkan malam-malam akhir Ramadan.

Menurut Namanzee, Program Khatam Quran Perdana ini serta semua rancangan menarik lain di stesen TV AlHijrah memposisikan stesen ini sebagai stesen penenang jiwa yang memeluk emosi rakyat Malaysia tatkala negara menghadapi ancaman Covid-19 yang masih membimbangkan.

Untuk rekod, sebelum ini Namanzee juga telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Top Young CEO in Media and Broadcasting Industry di Majlis Anugerah 100 Top young CEO 2020 anjuran Ikon Malaysia.

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago