Categories: BeritaTempatan

Che Am Raihan Bersyukur Anak Selamat Dibedah

Adik Ahmad Mahir Baihaqi

Pada minggu lepas, Munsyid Malaysia telah mengadakan ziarah mahabbah ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di Cheras untuk menziarahi Adik Ahmad Mahir Baihaqi (Anakanda Che Am Raihan). Adik Ahmad Mahir telah menghidap penyakit Tumor Otak dan beliau dimasukkan ke HUKM untuk menjalani pembedahan membuang tumor tersebut.

Munsyid Malaysia telah diwakili oleh Muhammad Hazamin Bin Harun (Amin Inteam), komposer dan penulis lirik terkenal Mohd Radzi Sulaiman (Ito Lara) dan Mohd Fizarahman (Frizdan) serta Husaini Hussein.

Che Am dan anak beliau, Ahmad Mahir Baihaqi

Che Am Raihan menzahirkan rasa syukur atas doa dan sokongan tidak berbelah bagi semua pihak terhadap ujian yang menimpa dirinya sekeluarga. Alhamdulillah, Adik Ahmad Mahir telah selamat dibedah dan dia kini sedang menjalani proses pemeriksaan lanjutan secara rutin oleh doktor pakar di HUKM.

Dalam lawatan tersebut, pihak Munsyid Malaysia juga mengambil kesempatan menyerahkan sedikit bantuan bagi meringankan beban Che Am sekeluarga dan memudahkan segala urusan mereka memandangkan Che Am kini berehat dari aktiviti nasyid beliau untuk memberi fokus menjaga Ahmad Mahir yang memerlukan perhatian dan jagaan sepenuh masa. Bantuan tersebut telah disumbangkan oleh beberapa individu tertentu dan juga syarikat-syarikat berkaitan seperti Telaga Biru Sdn Bhd.

Semoga Adik Ahmad Mahir cepat sembuh dan kembali menjalani rutin persekolahan seperti anak-anak yang lain.

Komposer Frizdan sempat merakamkan ucapan Che Am dan keadaan terkini Adik Ahmad Mahir di HUKM sewaktu lawatan Munsyid Malaysia baru-baru ini. Sila klik link dibawah:

Video rakaman ucapan Che Am Raihan

-Munsyeed{Dot}Com

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago