Categories: BeritaTempatan

Dr Zakir Naik Dinobat Tokoh Maal Hijrah 1435H

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Abdul Hamid Zainal Abidin dan ulama tersohor serta pendakwah Islam dari Mumbai, India, Dr Zakir Abdul Karim Naik diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah 1435H.

Pemilihan tokoh-tokoh itu dibuat atas sumbangan mereka dalam memartabatkan Islam di peringkat nasional dan global yang diiktiraf oleh pelbagai pihak, menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam satu kenyataan di sini hari Selasa.

Masing-masing menerima wang tunai RM100,000, pingat penghargaan dan sijil penghargaan berbentuk plak dan bingkai.

Abdul Hamid, 69, berkelulusan Sarjana dalam bidang Siasah Shariyyah dari Universiti Al-Azhar, Mesir pernah memegang jawatan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Dalam ucapannya, Abdul Hamid berkata penganugerahan itu menunjukkan penghargaan kerajaan Malaysia terhadap jasa yang telah ditaburkan.

“Sesungguhnya saya amat terharu dengan penganugerahan ini dan merupakan satu penghormatan kepada saya dan keluarga yang akan terpahat dalam lipatan perjalanan hidup saya,” katanya.

Beliau berkata semoga sambutan Maal Hijrah yang diadakan setiap tahun dapat menjadikan kekuatan dalam perjuangan untuk mengangkat martabat serta mempertahankan maruah masyarakat Islam.

Sementara itu, Dr Zakir, 48, merupakan pengasas Islamic Research Foundation di India dan lulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perubatan dan pembedahan dari University Bombay, Mumbai.

“Terima kasih kepada kerajaan Malaysia bagi pengiktirafan ini, saya berasa sungguh gembira menerima anugerah ini dan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang menerima saya sebagai pendakwah Islam di negara ini,” katanya dalam ucapan.

Katanya hanya melalui Al-Quran dan Sunnah sahaja dapat menyatukan perpaduan ummah dan menyelesaikan segala permasalahan.

— BERNAMA

Munsyeed Admin

Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

6 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

6 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

6 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

6 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

6 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

6 months ago