Categories: BeritaSiaran Media

Durioo+ Lancar Lagu Raya Berjudul Beraya Seronoknya!

Tidak lama lagi, suasana penuh keceriaan menyambut Hari Raya akan kembali menyinari Malaysia, dan tahun ini, kita semua akan menikmati suasana beraya dengan lebih meriah dengan kedatangan lagu terbaru dari Durioo+ berjudul – Beraya Seronoknya!

Dibawakan oleh The Durioos – tim yang menghasilkan platform video selamat untuk kanak-kanak Islam – Durioo+, lagu ini menzahirkan kegembiraan sempena perayaan Aidilfitri. Idea asal oleh pengarah animasi Durioo+, Nabil Baharum, lagu Beraya Seronoknya menyentuh sunnah-sunnah beraya dan keunikan perayaan aidilfitri di Malaysia. Turut mendapat sentuhan lirik dari Adlina Adam (pengurus pra-produksi Durioo+) dan Heidi Arjuna (penerbit Durioo SHOWTIME!).

Lagu ini bukan sahaja menampilkan bakat nyanyian dari The Durioos seperti Ajwad Amal dan Amelia, tetapi juga mendapat sentuhan komposisi muzik oleh saudara Shafiq Razak. Selain itu, tidak kurang hebatnya, keterlibatan para pemuzik seperti Ruviyamin dan Izhar memberikan dimensi bunyi yang mengasyikkan.

Beraya Seronoknya dijangka menjadi lagu tema di pelbagai stesen radio dan televisyen menjelang sambutan Hari Raya. 

Lagu ini boleh distrim di saluran aplikasi Durioo+, Spotify dan juga Youtube.

Jangan lepaskan peluang untuk meriahkan sambutan Hari Raya anda dengan lagu Beraya Seronoknya! Semoga lagu ini membawa keceriaan dan kebahagiaan kepada semua.

Untuk rekod, Durioo+ merupakan sebuah platform penstriman atas talian selamat khas untuk kanak-kanak Muslim.

Durioo+ memberi tumpuan pada penerbitan, penerbitan bersama dan melesen kandungan berkualiti tinggi, menghiburkan, bermanfaat dan mesra Muslim untuk kanak-kanak Muslim di seluruh dunia.

Dilancarkan pada Februari 2022, platform ini memiliki lebih dari 9000 kandungan video (termasuk Durioo+ Originals, Durioo+ Creators dan kandungan yang dilesenkan seperti Baby Shark) dan mencapai 40,000 pelanggan berbayar dengan pertumbuhan M-O-M MRR sebanyak 30%. Durioo+ mensasarkan untuk mencapai 100,000 pelanggan pada tahun 2024 dan 1,000,000 pelanggan pada tahun 2026.

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

2 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

2 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

2 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

2 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago