Categories: BeritaTempatanTerkini

Eksklusif: “Lagu dia cepat naik sebab dia rapat dengan DJ…” Hari Ini Halim Ahmad Jawab!

Ada yang melihat perjalanan seni Halim Ahmad begitu cantik tersusun. Begitu pantas beliau mendaki puncak kejayaan, menjadi antara artis yang memiliki jumlah pengikut paling ramai di saluran Youtube, lagu-lagunya hits di media sosial dan radio. Keluar masuk negara tanpa henti. Sehinggakan kereta peribadi beliau juga menjadi buah mulut orang.

Sambil baca, kita dengar lagu baharu Halim – Yalla Habibi

Yang pasti, segala yang dikecapi oleh Halim pada hari ini, bukanlah datang dalam satu malam sahaja. Ramai yang mungkin lupa atau tidak tahu kepayahan dan ‘struggle’ insan bernama Halim Ahmad. Kami antara yang melihat kesungguhan dan konsistensi Halim dalam membina nama dan kerjaya. (Baca: Ekspresi Muzik Halim Devotees.)

Seperti pempengaruh Khairulaming yang konsisten menghasilkan kandungan-kandungan media sosialnya selama bertahun-tahun, begitulah juga Halim. Kini, dua figura ini sedang menuai hasil dari sebuah perjalanan yang panjang. Kata kuncinya? Istiqamah dan jangan mudah mengalah.

Pun begitu, wujud cakap-cakap kononnya lagu Halim sering mendapat tempat dan perhatian di radio kerana hubungan terlalu akrab Halim dengan penyampai radio. Kita tidak mahu ‘cakap-cakap’ ini berlarutan. Segalanya perlu dinoktah. Justeru, kita tanya tuan punya badan!

Ketika ditanya, Halim tergelak kecil. “Saya memang rapat dengan DJ IKIMfm sejak dari Devotees lagi. Saya memang senang berkawan dengan semua orang. Saya perasan (ada) orang kata benda ni. Tapi tak ada masalah. Sebab dalam Islam, bersilaturahim. Kita menjaga hubungan dengan semua orang.”

“Saya memang jaga hubungan baik dengan semua DJ. Macam DJ Erwan khususnya. Saya bukan sekadar hantar lagu kepada dia. Tetapi, kalau ada lagu baharu, saya akan minta pandangan dia. Ini yang sepatutnya dicontohi oleh semua pengkarya. Bukan saya seorang sahaja.”

Tambah Halim lagi, “Selain saya, ada lagi artis lain yang jaga PR dengan bagus bersama DJ-DJ ini. Cuma mungkin orang tak perasan. Orang perasan Halim je sebab mungkin orang pernah nampak gambar saya dengan Ustaz Erwan keluar. Tapi personally, dia adalah kawan. Dan lepas ini kalau dia dah berhenti atau pencen dari DJ ke, saya masih begitu juga dengan dia. Bagi saya, ini satu bentuk persahabatan. Tidak mengenal status. Tak ada kepentingan untuk kita.”

“Kalau ada orang kata, lagu Halim senang main di IKIMfm, pada saya, saya jarang juga buat lagu yang saya hantar ke IKIMfm. Lagu yang saya hantar je akan main di IKIMfm. Kalau tahun 2023, saya ada buat beberapa lagu, ada lagu yang saya tak hantar, lagu tu tak main pun.”

“Jadi, lagu yang saya hantar dan saya email secara elok, ‘ok, ini lagu terbaru Halim Ahmad. Semoga dapat dimainkan di radio.‘ so, lagu itu akan masuk ikut rotation yang betul. Ikut saluran yang betul. Kalau masuk carta, pun dengan cara yang betul.”

“Orang bercerita perkara tu sebab orang memerhatikan kita. Jadi, tak ada isu pun. Baik dengan radio ke apa. Baik itu perlu untuk silaturahim,” ujar Halim.

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago