Categories: BeritaTempatan

EKSKLUSIF- MTV Balada Selawat 1433H – Munsyid Malaysia

showinfo=0

MTV Balada Selawat 1433H daripada Munsyid Malaysia.

Video klip ini merupakan projek terbaru Munsyid Malaysia yang melibatkan lebih 30 artis nasyid Malaysia antaranya Hijjaz, Rabbani, Brothers, Saujana, Inteam, UNIC, Nowseeheart, Ustaz Amal, Ustaz Akhil Hayy, kumpulan Far East, kumpulan Aidil, kumpulan Nahwan Nur, Du’a dan ramai lagi.

Video klip ini ditaja sepenuhnya oleh TheVideographerz International dengan kerjasama Munsyid Malaysia. TheVideographerz International merupakan sebuah produksi yang aktif dalam bidang fotografi dan videografi di Malaysia. Untuk rekod, TheVideographerz International pernah terlibat dalam pembikinan MTV Nazrey Johani, Muslimah dan pelbagai lagi showreel dan video korporat bertaraf antarabangsa.

Melihat kepada sejarah, kali pertama artis nasyid digabungkan dalam sebuah lagu adalah ketika menjayakan album Sirah Junjungan yang menampilkan lagu Ya Nabi Salamun Alaik bertemakan selawat sempena Maulidur Rasul. Pada tahun ini, sejarah seakan diulang tanpa disedari oleh pihak Munsyid Malaysia apabila lagu Balada Selawat 1433H dirakamkan secara ad-hoc hasil pelawaan TheVideographerz International yang menyatakan hasrat untuk menaja sebuah video kepada Munsyid Malaysia sempena Maulidur Rasul 1433H.

Ternyata segalanya telah ditentukan oleh ALLAH SWT.

Dibawah ini disertakan MTV Ya Nabi Salamun Alaik.

showinfo=0

 

Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat. Semoga ia memberi manfaat kepada yang menontonnya kelak.

 

Munif Hijjaz dalam MTV Balada Selawat 1433H. Gambar ihsan: TheVideographerz International.

-Munsyeed{Dot}Com

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago