Categories: BeritaTempatan

Faisal AF6 (Ex-Far East) Kena Tumor Otak

Faisal AF6 yang merupakan bekas ahli kumpulan nasyid terkenal, Far East, telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buluh kerana tumor otak.

Faisal AF6, 24, pernah menyertai kumpulan nasyid Far East sebelum beliau menyertai program realiti tv, Akedemi Fantasia Musim ke-6.

Penulis Lirik Terkenal, Mohd Radzi Sulaiman atau lebih mesra disapa Ito Lara melahirkan rasa terkejut beliau apabila mendapat berita ini. Menurut Ito Lara, setelah beliau mengetahui tentang penyakit yang dihidapi Faisal, beliau terus menghubungi Faisal untuk mengetahui perkembangan lanjut mengenai penyakit yang dihidapinya.

“Faisal memberitahu Abang Ito, pada mulanya dia hanya menghidapi sakit mata. Tidak lama selepas itu, beliau kerap kali mengadu sakit kepala sebelum dibawa oleh keluarganya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Hasil pemeriksaan mendapati Faisal menghidap tumor otak dan bakal menjalani pembedahan pada hari Isnin (13 Jun 2011) ini.” ujar Ito Lara.

Ito Lara juga berkata, beliau akan mengambil inisiatif mengadakan Solat Hajat pada malam Showcase Amal Shuhada At-Taqwa sebagai tanda prihatin dan kasih sayang rakan-rakan artis nasyid Malaysia; Munsyid Malaysia terhadap ujian yang menimpa Faisal.

Ito Lara juga berdoa semoga pembedahan yang akan dijalankan pada Isnin ini berjaya dan Faisal kembali sihat seperti sediakala. -MUNSYEED.COM

 

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago