Connect with us

Pengumuman

Festival Nasyid Negeri Selangor 2012

Diterbitkan

pada

NOTA PENTING: Pihak penganjur telah melanjutkan tarikh pertandingan ke satu tarikh baharu dan lokasi pertandingan turut berubah. Sila ke pautan ini untuk berita terbaru mengenai Festival Nasyid Selangor: http://munsyeed.com/malay/2012/05/tarikh-festival-nasyid-selangor-dilanjutkan/

 

Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) dengan kerjasama Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Selangor akan menganjurkan Festival Nasyid Negeri Selangor. Acara yang cukup dinanti-nantikan ini bakal diadakan pada 23 Jun 2012 bersamaan 3 Syaaban 1433H bertempat di Royal Theater Shah Alam.

Festival Nasyid yang bertemakan Persefahaman Asas Perpaduan Ummah, bakal memberi kebebasan kepada para peserta untuk menentukan konsep persembahan sama ada tradisional mahupun moden.

Hadiah Tempat Pertama berupa wang tunai berjumlah RM3,000 beserta hadiah iringan. Tempat kedua akan membawa pulang RM2,00o beserta hadiah iringan dan tempat ketiga akan memenangi hadiah wang tunai RM1,000 beserta hadiah iringan.

Syarikat Nasyeed Edutainment Sdn Bhd telah dipilih untuk menguruskan acara yang istimewa ini.

Untuk mengetahui syarat penyertaan dan memuat turun borang penyertaan, sila ke laman web Nasyeed.Com di www.nasyeed.com.

Festival Nasyid Selangor.

 

 

-Munsyeed{Dot}Com

Iklan
Komen

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pengumuman

Hari Kraf Kebangsaan 2024 – Promosi Produk Kraf Tempatan

Diterbitkan

pada

Hari Kraf Kebangsaan 2024

Bagi menghargai sumbangan usahawan dan penggiat kraf dalam membangunkan serta memperkasa produk kraf Malaysia, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Kraftangan Malaysia telah menganjurkan Hari Kraf Kebangsaan (HKK) bagi tahun 2024.

MOTAC dalam kenyataan memaklumkan penganjuran kali ke-21 sejak 21 Februari hingga 4 Mac depan bukan sahaja menghimpunkan semua produk kraf tetapi juga adalah bertujuan mempromosikan seni dan dunia kraftangan Malaysia.

“Tujuan utama HKK semestinya tidak lain tidak bukan adalah untuk membantu pengusaha kraf menjana pendapatan serta meningkatkan taraf sosioekonomi mereka.

“Puluhan aktiviti menarik disediakan dalam menampilkan kepelbagaian produk kraf tempatan yang bertemakan ‘Ini Kraf Malaysia’ yang diketengahkan oleh usahawan dan komuniti kraf dari seluruh Malaysia,” katanya yang dimuat naik di laman Facebook MOTAC, 13 Februari lalu.

Meskipun berbaki lebih 10 hari lagi, pengunjung masih berpeluang melihat hasil seni pengusaha kraf yang memiliki kreativiti tersendiri dalam menghimpunkan pelbagai rekaan hasil tangan mereka.

Antara aktiviti menarik yang boleh diperoleh di HKK termasuklah Jualan Produk Kraf, Pameran Tokoh Kraf Negara 2024 dan banyak lagi

Tidak ketinggalan, pelbagai jenis pameran dan demontrasi disediakan antaranyaa Pameran Standard Kraftangan Malaysia, Pameran Pavilion Institut Kraf Negara (IKN) serta Pameran Produk Kraf Baharu turut disediakan dalam HKK kali ini.

Malah pengunjung turut didedahkan dengan demonstrasi pembuatan produk kraf menggunakan rotan, kayu, mengkuang, ribu-ribu, tekatan, dan manik.

Jadi sempena cuti sekolah yang masih berbaki, anda dijemput beramai-ramai memeriahkan lagi HKK yang berlangsung Kompleks Kraf Kuala Lumpur di Jalan Conlay yang dibuka 10 pagi sehingga 10 malam setiap hari sehingga 4 Mac depan.

Sumber: Malaysia Madani

Continue Reading

Konsert

“He’s back!” – Maher Zain Umum Konsert Di Singapura Mac 2024

Diterbitkan

pada

Maher Zain kembali! Kali ini di Singapura.

Penyanyi yang popular dengan lagu Thank You Allah dan For The Rest of My Life ini akan kembali ke Singapura Mac ini untuk menjayakan konsert Maher Zain Live in Singapore.

Konsert tersebut dijadualkan akan berlangsung pada 2 Mac 2024, jam 8.00 malam di Singapore Hall Expo.

Istimewanya, konsert Maher Zain Live in Singapore ini turut menampilkan penyanyi Harris J sebagai penyanyi jemputan.

Berdasarkan semakan kami di laman sesawang Offshore Entertainment, selaku penganjur konsert ini bersama Echo+Pulse, tiket-tiket sudah mula dijual bermula 10 Januari 2024.

Tiket-tiket yang dijual berharga S$68, S$88, S$138 dan S$188. Manakala tiket eksklusif beserta sesi ‘Meet and Greet’ dijual pada harga S$238.

Tiket boleh dibeli secara atas talian di laman sesawang SISTIC di www.sistic.com.sg

Tinjauan kami di laman sesawang SISTIC mendapati penjualan tiket masih dibuka. Akan tetapi, tempat amatlah terhad. Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan tiket ini sebelum kehabisan.

Continue Reading

Berita

Selebriti Tanah Air Bakal Memeriahkan Konsert Hubbu Rasul

Diterbitkan

pada

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) akan mengadakan persembahan khas bertajuk Hubbu Rasul pada 24 November 2018 (Sabtu) bertempat di Auditorium DBKL, Jalan Raja Laut bermula jam 8.30 malam. Hubbu Rasul ini adalah merupakan program yang dianjurkan bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul yang bertujuan untuk memperingati hari keputeraan junjungan besar Rasulullah S.A.W. dan menghayati perjuangan Baginda dalam menegakkan syiar Islam.

Program ini adalah merupakan gabungan persembahan artis-artis tanahair yang akan menyanyikan lagu-lagu kerohanian dan lagu-lagu yang mengandungi kata-kata nasihat, kisah para nabi serta memuji Allah. Bersesuaian dengan temanya iaitu Hubbu Rasul, dua (2) kumpulan nasyid yang popular sekitar tahun 90an, dua (2) orang artis lelaki solo dan artis duo akan mengadakan persembahan pada malam tersebut.

Persembahan ini akan dihoskan oleh Imam Muda Nazrul serta membariskan artis-artis nasyid berkumpulan seperti Raihan & Rabbani, artis duo Mawi & Daly Filsuf, serta artis solo seperti Aris Ariwatan & Raqib Majid. Lebih menarik lagi, persembahan semua artis ini akan diiringi oleh Orkestra Kuala Lumpur dengan menggunakan kepelbagaian instrumen muzikal termasuklah gambus, seruling, & percussion dan juga persembahan artis budaya DBKL.

Penganjuran persembahan ini antara lain bertujuan untuk memberi hiburan santai secara percuma kepada wargakota, selain memberi ruang dan peluang kepada artis tempatan membuat persembahan. Persembahan ini diadakan secara PERCUMA dan semua wargakota dan orang ramai dijemput hadir dan tempat adalah terhad kepada 600 orang sahaja bagi menyaksikan persembahan artis-artis tersebut.

Persembahan khas ini adalah PERCUMA di bawah program `KL Rhythm Nitez’ anjuran Jabatan Kebudayaan Kesenian, Pelancongan dan Sukan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN). Orang ramai bolehlah mendapatkan maklumat lanjut dengan melayari laman media sosial Instagram klcatsevents dan berhubung dengan Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) di talian 03-41055442 atau melalui email [email protected]

Continue Reading

Trending

Hakcipta Terpelihara © 2024 Munsyeed Edutainment