Categories: BeritaTempatan

Fiqh Wanita Musim Kedua Lebih Interaktif dan Praktikal

Kembali untuk musim yang kedua, Fiqh Wanita bakal berkongsi kepentingan pengetahuan fiqh wanita dalam kehidupan sebagai muslimah serta memahami tentang hukum Islam seperti bersuci, ibadat, dan kewajipan lain berkaitan wanita dengan lebih jelas secara teori dan amali. Bermula 11 Oktober, Fiqh Wanita yang dihoskan bersama Shadiya Abbas dan Adibah Rozain (Juara Da’i Pendakwah Milenia) akan menemui penonton TV3 pada setiap Jumaat jam 1.00 tengahari.

Fiqh Wanita masih mengekalkan konsep diskusi, lebih menarik program ini akan membawa penonton memahami perbincangan secara praktikal. Bermula dengan topik Umrah, disusuli dengan diskusi mengenai permasalahan Haji, Fiqh Wanita juga menyentuh kembali isu-isu Taharah, Solat dan pengurusan rumah tangga.

Antara panel yang akan menyertai diskusi ilmu dalam musim kedua ini ialah Dato’ Hj Daud Che Ngah dan Datin Hajjah Arbi, Ustazah Siti Norhafizah Musa, Ustazah Asmak Hussin, Ustazah Nourul Iman dan beberapa muka baru yang akan menjadi panel Fiqh Wanita. Bahkan kali ini, Shadiya Abbas juga diberi peluang bukan sekadar hos tetapi menjadi panel bagi topik ‘Menjaga Anak Perempuan’.

Selain itu, tips doa dan ilmu kemahiran misalnya pengurusan rumah tangga dan kemahiran mengendalikan kenderaan bermasalah juga akan diketengahkan kepada penonton. Diskusi Fiqh Wanita tidak terhenti setakat di layar TV sahaja, bahkan sejak musim pengenalannya pada tahun 2012, laman sosial Facebook Fiqh Wanita telah menjadi ruang untuk menjawab persoalan penonton secara terus oleh ustazah bertauliah. Kini, FB Fiqh Wanita telah mendapat perhatian lebih 16,000 peminat dan setiap minggu FB ini tidak sunyi daripada perbincangan yang dilontarkan oleh komuniti Fiqh Wanita.

Program Fiqh Wanita diterajui oleh Penerbit Bersama Puan Shadiya Abbas dan Sanizar Ayin dari Primeworks Studios. Jangan ketinggalan untuk menyaksikan FIQH WANITA pada setiap hari Jumaat jam 1.00 tengahari bermula 11 Oktober 2013 untuk lebih memahami persoalan ibadah dan syariah dengan santai dan menyeronokkan.

Sumber: TV3, Media Prima Berhad.

– Munsyeed Dot Com

Munsyeed Admin

Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

2 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

2 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

2 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

2 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

2 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

2 months ago