Categories: Terkini

Firdaus Nowseeheart Berundur

Baru – baru ini, industri nasyid tempatan digemparkan dengan penampilan terbaru kumpulan Saujana yang kini hanya berempat. Terbaru, bakal mengikut jejak langkah Saujana merupakan kumpulan nasyid yang memang tidak asing lagi, Nowseeheart (NSH), yang mana salah seorang daripada anggota asal mereka, Firdaus Baharuddin, atau lebih dikenali sebagai Firdaus NSH telah membuat pengunduran dari kumpulan tersebut atas alasan komitmen kerja di samping masalah kesihatan yang tidak mengizinkan.

Pengunduran Firdaus daripada kumpulan tersebut agak mengejutkan kerana kumpulan yang dahulunya dianggotai oleh enam orang sahabat, kini hanya tinggal empat orang ahli sahaja yang masih terus aktif memperjuangkan dakwah melalui irama nasyid setelah Mujahid Abdul Wahab juga melakukan perkara yang sama beberapa tahun terdahulu.

Empat anggota terkini Nowseeheart (NSH), Idzhar Jumali, Sariman Abd Manap, Huzaimi Zaini, Azhari Abd Rahman walaubagaimanapun tetap cekal dan tabah meneruskan perjuangan dakwah mereka dalam industri seni suara nasyid walaupun tanpa kehadiran Firdaus di dalam kumpulan.

Disamping itu, Nowseeheart (NSH) juga tetap optimis meneruskan penghasilan single terbaru mereka bersama UNIC Records dengan kerjasama Anugerah Entertainment.

Aizat Ikhwan

Mula mengenali dunia nasyid sejak di bangku sekolah. Pernah berkecimpung dalam bidang produksi beberapa lagu nasyid, namun beliau mendapati dirinya lebih sesuai berkecimpung dalam bidang media. Pengalaman ‘berguru’ dengan orang-orang lama Utusan, Berita Harian dan Bernama sedikit sebanyak mencorakkan gaya kewartawanannya walaupun tidak mendapat latihan kewartawanan secara formal. Beliau juga pernah menghadiri pengajian muzik secara formal bersama pensyarah di Aswara dalam major Bass Guitar

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago