Maher Zain Forgive Me Live In Concert 2012 akhirnya melabuhkan tirai dengan jayanya. Sebuah persembahan utama yang cukup bertenaga dari Maher Zain diiringi 2 persembahan iringan yang memukau dari Raef dan Irfan Makki. Konsert yang diadakan di Stadium Merdeka pada 16 Jun lalu nyata memberi kepuasan kepada para peminat yang hadir.
Pun begitu, masih ada ruang untuk diperbaiki bagi memantapkan lagi konsert-konsert mega seperti ini dimasa mendatang. Secara keseluruhan, tahniah kepada Maher Zain, artis-artis yang terlibat, para pemuzik handalan, suara harmoni yang bertaraf 5 bintang, Canon Malaysia, penganjur Marctensia dan Awakening Records, para penaja seperti Etiqa Takaful dan One Drop Perfumes, Tourism Malaysia, media massa dan elektronik dan semua yang menjayakan konsert mega ini.
Untuk tatapan para peminat, kami siarkan gambar-gambar menarik sekitar Maher Zain Forgive Me Live In Concert 2012 yang diadakan baru-baru ini. Gambar ini dirakamkan oleh jurugambar rasmi konsert, TJ & Co dan dibekalkan oleh Marctensia Concerts kepada kami. Untuk paparan gambar lebih besar, sila klik pada gambar.
Maher Zain menampilkan lagu-lagu bermesejkan universal dan kemanusiaan.
.
Maher Zain membuat kejutan dengan bermain piano secara live untuk para peminat
.
Maher Zain begitu bersungguh-sungguh menjayakan konsert kali ini
.
Maher Zain menyampaikan 23 buah lagu pada malam konsert tersebut
.
Hadirin yang hadir begitu terhibur dengan persembahan bertenaga Maher Zain dan rakan-rakan
.
We’re in a big family… – Maher Zain
.
Maher Zain menunjukkan bakat bermain piano.
.
“You’re the number one for me” – Maher Zain
.
Irfan Makki turut menjayakan konsert Maher Zain pada malam tersebut
.
Penampilan Raef pada malam konsert begitu mengujakan dengan lagu My Love dan lain-lain.
.
Improvement yang dibuat oleh Maher Zain sangat memuaskan hati para penonton. Tahniah Maher Zain!
– Munsyeed{Dot}Com