Connect with us

Berita

Gabungan NGO Lancar Kempen Save The Children of Syria

Diterbitkan

pada

Konflik di Syria kini telah masuk tahun keempat semenjak ianya meletus pada Mac 2011. Namun begitu sehingga ke hari ini tidak ada perkembangan positif bahawa konflik ini akan berakhir. Angka kematian kini sudah mencecah 160,000 orang, dengan 13,000 darinya adalah kanak-kanak. Ini merupakan suatu malapetaka kemanusiaan yang besar selepas tragedi Rwanda 1994 dan ianya tidak harus dipandang ringan oleh sesiapa sahaja.

Data terbaru dari UN menunjukkan bahawa terdapat lebih kurang 9 juta rakyat Syria yang terkesan dengan konflik ini, dengan 6.5 juta orang adalah pelarian didalam Negara sendiri (internally displaced person), dan 2.6 juta lagi menjadi pelarian di Negara lain, dan kebanyakan mereka berada di Negara jiran seperti Lubnan, Turki, dan Jordan.

Menurut unjuran UN, 5.7 juta kanak-kanak telah terjejas ekoran konflik ini dan ianya menyamai jumlah kanak-kanak yang sedang belajar di 40 buah sekolah terbesar di Amerika Syarikat dengan 1.4 juta daripadanya kini terpaksa meninggalkan Syria sebagai pelarian di negara orang.

Terdedah Risiko Gangguan Dan Eksploitasi Seksual

Kanak-kanak, terutamanya yang tinggal di kem-kem pelarian yang padat, juga terdedah kepada risiko gangguan dan eksploitasi seksual. Di dalam artikel yang disiarkan oleh International Business Times yang bertajuk Syrian Refugees Crisis: Girls Sold as Sex Slaves To Aged, Wealthy Arabs dengan jelas menggambarkan bagaimana kanak-kanak perempuan dieksploitasi secara seksual malah telah wujudnya ajen-ajen pencari jodoh – matchmakers yang mengambil peluang dan keuntungan di atas kesengsaraan yang dihadapi oleh rakyat Syria. Malah banyak kes juga turut dilaporkan oleh PBB mengenai penderaan seksual kepada wanita dan kanak-kanak ketika mereka ditahan di dalam penjara.

Tidak cukup dengan itu, kanak-kanak Syria juga kini berhadapan dengan masa depan yang kelam dimana semenjak konflik ini bermula pada 2011, sistem pendidikan di Syria juga turut terencat. Lebih kurang 3 juta kanak-kanak, di dalam dan luar Syria, tidak dapat menyambung pendidikan mereka. Syria bukan sahaja berhadapan dengan konflik yang tiada berkesudahan malah akan terpaksa berhadapan dengan generasi yang tiada hala tuju dan tidak berpendidikan – lost generation. Impak kepada perkara ini amat besar bukan sahaja kepada Negara Syria pada masa akan datang, malah Negara-negara yang menerima pelarian-pelarian Syria ini juga akan mengalami kesannya apabila anak-anak ini kelak membesar tanpa membawa nilai moral yang baik dan tidak mampu menjadi pemimpin pelapis pada masa akan datang.

Kempen Save The Children of Syria

Melihat kepada keperluan mendesak ini, gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang menangani isu Syria seperti Malaysia Life Line for Syria (MLLFS), Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Global Peace Mission (GPM) Malaysia, HALUAN Malaysia, Syria Care, Pertubuhan Solidariti Madani Malaysia, Road for Peace serta Gabungan Selamatkan Syria dengan ini melancarkan kempen #SaveTheChildrenOfSyria untuk membantu dan menyelamatkan anak-anak Syria di samping menyampaikan maklumat perkembangan terkini di sana.

Dalam kenyataan media yang diedarkan, wakil gabungan NGO ini menjelaskan selain masalah yang dinyatakan di atas, kanak-kanak di Syria juga berhadapan dengan risiko kekurangan nutrisi dan wabak penyakit yang tidak terkawal.

“Apa yang menjadi keprihatinan kami adalah kanak-kanak ini terdedah kepada risiko malnutrisi dan pelbagai jenis penyakit, terutamanya yang berkaitan dengan keadaan kebersihan yang teruk di kem-kem pelarian. Sistem kesihatan yang hampir lumpuh telah mengakibatkan program imunisasi kanak-kanak terbantut yang menyaksikan peningkatan kes seperti cacar dan kemunculan semula kes-kes polio.”

“Justeru, kami menyeru kepada masyarakat Malaysia khususnya untuk sama-sama mendokong usaha ini sebagai tanda solidariti kepada anak-anak Syria. Sokongan kepada usaha ini boleh dizahirkan dengan menyampaikan mesej di laman sosial twitter, facebook, instagram dan lain-lain dengan menggunakan #tag #SaveTheChildrenOfSyria. Kami menetapkan sasaran sebanyak 1 juta #tag yang berjaya dikumpul dalam tempoh sebulan selepas pelancaran kempen ini.”

“Di samping itu kami juga turut melancarkan tabung sumbangan untuk bantuan perubatan, pendidikan dan juga makanan nutrisi untuk anak-anak yang berada di dalam dan juga di luar Syria dengan jumlah sasaran dana yang terkumpul sebanyak RM 4 juta. Sumbangan daripada rakyat Malaysia yang budiman boleh disalurkan kepada pertubuhan-pertubuhan yang berperan serta di dalam kempen ini.”

[alert variation=”alert-info”]Salurkan sumbangan anda kepada Malaysia Life Line for Syria melalui Maybank: SALAM SURIAH RESOURCES (5645-5733-8496)[/alert]

Sumber: Facebook Malaysia Life Line For Syria

– Munsyeed Dot Com

Iklan
Komen

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Berita

I’m Not Ready To Let You Go – A Zain Bhikha Single That Speaks To The Heart

Diterbitkan

pada

I'm Not Ready To Let You Go - Zain Bhikha.

Iconic Zain Bhikha who has won the hearts of Muslims throughout the word for three decades of song, story and the Dada and Me children’s series, releases a deeply personal song after many years. “I’m Not Ready To Let You Go” is an emotionally moving tribute to his beloved father Rashid Bhikha, a man who embodied faith, strength, unwavering love for his family, and left his mark on the world for his contribution to medicine and humanity.

Zain’s songs have always been a reflection of his personal life’s journey reflecting his faith, but more so, the meandering nature of being human, and this one is no different. Though the nature of its message speaks to the universal feelings of love and loss that we can all relate to. With hundreds of songs inspiring and motivating hearts towards Allah, “I’m Not Ready To Let You Go” is undoubtedly going to become a comfort and a favourite of Zain Bhikha fans.

“My father passed away a few months ago, he was the anchor that held us all together, the mountain upon which we all stand and the guiding light that showed us the way, I miss him every day,” said Zain Bhikha.

I’m Not Ready To Let You Go is available as a voice-only version. The official video is available on the ZainBhikhaOfficial YouTube channel and the audio, on all major music streaming platforms.

Other Releases

“Voice In Your Head” is a deep reflection of the unwavering love that parents bestow upon their children. It talks of the all-encompassing nature of a parents’ dedication to their children and the way that bond shapes who we are and who we become.

“The Forgiven” (featuring BoonaaM) delves into a powerful Hadith (prophetic narration) about forgiveness and Allah’s mercy. This song artfully tells the story of a man’s journey towards redemption.

“Salvation” (featuring Ashley Belal Chin) takes listeners on a heartfelt exploration of seeking Allah (SWT). The song emphasizes the closeness of Allah’s presence, reminding us that He is always with us.

All three songs are available in both voice-and-drum and voice-only versions on all major music streaming platforms. You can find the official videos* on the ZainBhikhaOfficial YouTube channel.

Continue Reading

Berita

“Deep betul lagu raya terbaru Daqmie dan Mestica ni…”

Diterbitkan

pada

Yang Mulia - Daqmie x Mestica. Sumber: Daqmie

Selain Munif Hjjaz, seorang lagi figura yang aktif menghasilkan karya secara konsisten, tidak lain tidak bukan, penyanyi dan komposer terkenal; Daqmie.

Kali ini, Daqmie bekerjasama dengan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Cawangan Datuk Keramat menghasilkan sebuah lagu raya terbaru berjudul Yang Mulia. Lagu ini disampaikan oleh Daqmie dan Mestica.

Pengerusi PERKIM Cawangan Datuk Keramat; Ustaz Mohamad Suhaimi Abdul Aziz yang juga merupakan penulis lirik, berkata lagu tersebut mengisahkan hubungan masyarakat dengan golongan mualaf di negara ini.

“Lagu tersebut dinyanyikan oleh Daqmie dan juga Kumpulan Mestica yang mengisahkan hubungan antara masyarakat dengan golongan mualaf.

“Ia sebagai salah satu usaha dakwah kami agar masyarakat turut sama terlibat dengan usaha yang kami gerakkan ini sekaligus membantu mereka yang memerlukan,” katanya ketika sidang akhbar yang diadakan di sini.

Menurutnya idea penghasilan single ini tercetus hasil perbincangan dengan Daqmie yang juga merupakan komposer bagi lagu tersebut.

“Selaku Duta Mualaf PERKIM Datuk Keramat, Daqmie pernah melontarkan idea agar usaha dakwah PERKIM tidak terlalu terikat dengan kaedah lama namun harus dipelbagai agar sesuai dengan zaman.

“Bermula dari situ maka terlahirlah lagu ini yang turut diterapkan dengan melodi kontemporari bagi menarik minat masyarakat khususnya generasi muda.

“Kami mengharapkan dengan kepakaran dan populariti Daqmie dan kumpulan Mestica dapat menarik minat lebih ramai anak muda dengan kerja dakwah yang aktif di platform digital dan media sosial,” ujarnya pula.

Terdahulu PERKIM Datuk Keramat meraikan golongan mualaf dengan mengadakan Majlis Berbuka Puasa sekaligus melancarkan single raya tersebut.

Sementara itu Daqmie ketika mengulas berkata cabaran utama ketika penghasilan lagu ini ialah kekangan masa sambil berharap single raya ini dapat diterima masyarakat.

“Antara cabaran ketika menghasilkan lagu ini ialah masa yang diberi agak suntuk. Ketika Ustaz (Suhaimi) maklumkan PERKIM mahu terbit lagu raya pada mulanya saya agak terkejut.

“Namun setelah berbincang dengan rakan-rakan kami akhirnya bersetuju menerima cabaran ini, alhamdulliah kerjasama yang diberikan semua pihak akhirnya single ini berjaya direalisasikan.

“Semoga lagu ini dapat diterima semua pihak sekaligus memeriahkan sambutan Aidilfitri pada tahun ini,” katanya pula.

Pemilihan kumpulan Mestica sebagai rakan duet dalam lagu ini dilihat mampu mengubat rindu dikalangan peminat Mestica yang sentiasa menantikan karya baharu dari kumpulan nasyid popular tersebut.

Lagu Yang Mulia telah berada di pasaran dan boleh distrim di semua platform penstriman muzik digital yang sah. Manakala video muzik Yang Mulia boleh ditonton di saluran Youtube Daqmie Channel.

Untuk rekod PERKIM merupakan organisasi yang aktif dengan kerja-kerja dakwah dan kebajikan untuk menyebarluaskan syiar Islam kepada golongan Islam dan belum Islam di negara ini.

Sumber: Daqmie

Continue Reading

Berita

Sah! Malaysia Sambut Hari Raya Aidilfitri Pada Rabu 10 April 2024 Bersamaan 1 Syawal 1445H

Diterbitkan

pada

Masjid Putra, Putrajaya. Sumber: Tourism Malaysia

Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada hari Rabu, 10 April 2024 bersamaan 1 Syawal 1445H.

Pengumuman ini dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja; Tan Sri Syed Danial bin Syed Ahmad dalam Pengumuman Tarikh Hari Raya yang disiarkan di semua radio dan televisyen tempatan sebentar tadi.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Rabu, 10 April 2024,” katanya.

Penetapan tarikh Hari Raya Aidilfitri ini dibuat berdasarkan rukyah dan hisab.

Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada semua umat Islam. Maaf zahir dan batin.

Continue Reading

Trending

Hakcipta Terpelihara © 2024 Munsyeed Edutainment