Categories: BeritaTempatan

Gempar! Artis Nasyid Di Kelab Malam?

Video diatas telah dirakam oleh seseorang yang turut berada di kelab malam tersebut. Menurut maklumat yang diterima, lokasi kelab malam ini terletak di kawasan Bangsar, Kuala Lumpur. Saksi yang melihat kelibat artis nasyid tersebut turut merakamkan video artis nasyid itu sebelum memuatnaik ke laman video popular, Youtube.com.

🙂

Ini adalah video rakaman kumpulan Nadamurni dibawah pimpinan Almarhum Ustaz Asri Ibrahim (Rabbani) yang telah dijemput membuat persembahan oleh seorang artis popular Malaysia, Zainal Abidin di Network Club, Bangsar. Pihak kami difahamkan, video ini dirakam pada tahun 1992.

Walaupun membawa lagu nasyid di kelab malam, Nadamurni dilihat masih mengekalkan imej berpakaian jubah dan berserban yang menjadi ‘trademark’ mereka. Tidak hairanlah sehingga kini, bekas anggota Nadamurni masih dihormati dan lagu-lagu mereka sentiasa segar dan mendapat tempat di hati peminat dan pendengar.

Nadamurni sudahpun dibubarkan dan ahli-ahli Nadamurni telah membentuk 2 kumpulan nasyid yang cukup popular masa ini, Rabbani dan Hijjaz.

Untuk Almarhum Ustaz Asri Ibrahim (Rabbani) dan Almarhum Salleh (Hijjaz), mari kita sedekahkan doa dan Al-Fatihah.Semoga roh mereka tergolong dikalangan hamba-hambaNYA yang soleh dan bertaqwa. Al-Fatihah.

-Munsyeed{Dot}Com

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

5 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

5 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

5 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

5 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

5 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

5 months ago