Categories: BeritaTempatan

Hafiz Hamidun Selebriti Malaysia Pertama Bakal Berkolaborasi Bersama Twitter

Hafiz Hamidun melangkah setapak lagi dengan menjadi selebriti Malaysia yang pertama bakal berkolaborasi dengan applikasi mikro blog paling popular, Twitter.

Kolaborasi ini bakal menyaksikan pelancaran single terbaru beliau “Marhaban” akan dilakukan secara interaktif dengan para pengikut beliau di Twitter pada 27 Mei 2016, tepat jam 8.30 malam.

“Saya akan membuat sesi soal jawab bersama peminat dengan menggunakan tag #TanyaHH dan akan menjawab soalan-soalan tersebut menggunakan aplikasi Periscope” kata Hafiz.

Para peminat yang mengikuti sesi ini juga bakal menyaksikan Hafiz secara langsung dari Afrika Selatan iaitu lokasi beliau bakal melancarkan single ini, bersempena konsert sulung beliau di Ladium, Pretoria.

Marhaban World Tour 2016

Menurut Hafiz lagi, “Single ini merupakan single pertama yang bakal dimuatkan di dalam album baru saya yang ketujuh tidak lama lagi. Oleh kerana single ini bakal berada di pasaran pada hari yang sama dengan konsert saya di Afrika Selatan, saya mahukan peminat saya di seluruh dunia dapat mengikuti pelancaran ini secara interaktif, menerusi twitter”.

Single “Marhaban” boleh dimuat turun menerusi iTunes dan streaming oleh rangkaian digital yang mengambil bahagian tepat jam 12 malam waktu Malaysia, 27 Mei ini.

Sementara menantikan kemunculan single terbaru Hafiz, jom saksikan terlebih dahulu beberapa gambar sedutan dari klip video “Marhaban”

Ikuti Hafiz Hamidun di Twitter: @hafizhamidun

Munsyeed Admin

Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago