Categories: Tempatan

Hafiz Hamidun Tamatkan Zaman Bujang?

Hafiz Hamidun

 

Kecoh di Internet apabila khabar angin bertiup kencang tentang Hafiz Hamidun mahu menamatkan zaman bujangnya.

Menurut sumber yang dipetik, Hafiz khabarnya telah jatuh hati dengan seorang wanita Indonesia yang menetap di tanah suci Mekah. Beliau telah berkenalan dengan wanita tersebut ketika mengerjakan ibadah umrah pada Mac lepas.

“Syukur Alhamdulillah, apabila saya berdoa agar dapat bertemu dengan wanita yang sesuai, tidak sangka pada malamnya doa itu termakbul ketika saya mahu berurusan tentang hal perniagaan dengan keluarga wanita itu. Semasa perbincangan berlangsung, wanita itu telah menghidangkan air kepada saya, terus hati saya berkata, dia mungkin jodoh saya” Luah Hafiz ketika ditemui dalam sidang akhbar Konsert Zikir Terapi.

Mengakui secara jujur yang ia merupakan ‘cinta pandang pertama’, beliau akur kerana tidak mungkin dapat berjumpa dengannya lebih kerap kerana dia menetap di Mekah dan belajar di sebuah universiti di sana.

Berhajat mahu berkahwin pada tahun hadapan, Hafiz tidak mahu terburu buru, manakala wanita tersebut mahu menghabiskan pengajiannya tiga tahun lagi disana. Malah, beliau juga telah  membawa keluarga wanita tersebut  di Bandung, Indonesia pada Ogos lalu.

Aizat Ikhwan

Mula mengenali dunia nasyid sejak di bangku sekolah. Pernah berkecimpung dalam bidang produksi beberapa lagu nasyid, namun beliau mendapati dirinya lebih sesuai berkecimpung dalam bidang media. Pengalaman ‘berguru’ dengan orang-orang lama Utusan, Berita Harian dan Bernama sedikit sebanyak mencorakkan gaya kewartawanannya walaupun tidak mendapat latihan kewartawanan secara formal. Beliau juga pernah menghadiri pengajian muzik secara formal bersama pensyarah di Aswara dalam major Bass Guitar

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago