Connect with us

Program

Hafiz & Rakan Artis Bakal Meriahkan Femes Bazaar #SuperRaya

Diterbitkan

pada

POSTER OFFICIAL

Selepas kejayaan Femes Bazaar pada tahun lepas bertempat di Rasta TTDI, tahun ini Femes Bazaar #SuperRaya bakal menemui anda pada 19 & 20 Julai 2014.

Pada tahun ini, bazaar popular ini akan bertempat di Tierra Crest, Kelana Jaya bermula jam 10 pagi hingga 12 tengah malam.

Difahamkan, artis popular, Hafiz Hamidun akan turut serta dalam acara ini. Mungkin ini medium terbaik untuk para peminat bertemu beliau dan beramah mesra bersama pengalun zikir terapi no.1 di Malaysia ini. Disamping itu, para peminat boleh mendapatkan jubah Koleksi Hafiz Hamidun di majlis ini nanti.

Selain Hafiz, majlis ini akan turut diserikan oleh Wawa Zainal, Izzue Islam, Karl Shafek, Amer Forteen, Zara Zya, Miss Nina, Anzalna Nasir, Kilafairy, Intan Ladyana, Nad Zainal, Hanez Suraya, Kaka Azraff, Faralyna Idris, Emelda Rosemila, Dayah Bakar 3R dan Melda Ahmad.

Femes Bazaar

Femes Bazaar #SUPERRAYA

Selain aktiviti selebriti berniaga, pelbagai acara lain yang turut disediakan khas untuk pengunjung Femes Bazaar #SuperRaya pada tahun ini. Antaranya ialah:

  • Pameran dan jualan 120 Butik Online yang terkemuka dan terpilih.
  • Open Mic Raya (setiap peserta harus menyanyikan lagu raya)
  • Kempen #JomPakaiBajuRaya di mana setiap pengunjung harus memakai Baju Raya dan akan mendapat diskaun istimewa
  • Persembahan oleh pelajar teater UiTM
  • Set Khemah untuk perkahwinan dan open house yang ditaja oleh Mahligai Creative dan Tentda.
  • Hijab Tutorial
  • Fashion Talk
  • dan lain lain lagi.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk hadir ke Femes Bazaar #SuperRaya bertempat di Tierra Crest, Kelana Jaya pada 19 & 20 Julai ini bermula jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah malam.

– Munsyeed Dot Com

 

Iklan
Komen

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pengumuman

Hari Kraf Kebangsaan 2024 – Promosi Produk Kraf Tempatan

Diterbitkan

pada

Hari Kraf Kebangsaan 2024

Bagi menghargai sumbangan usahawan dan penggiat kraf dalam membangunkan serta memperkasa produk kraf Malaysia, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Kraftangan Malaysia telah menganjurkan Hari Kraf Kebangsaan (HKK) bagi tahun 2024.

MOTAC dalam kenyataan memaklumkan penganjuran kali ke-21 sejak 21 Februari hingga 4 Mac depan bukan sahaja menghimpunkan semua produk kraf tetapi juga adalah bertujuan mempromosikan seni dan dunia kraftangan Malaysia.

“Tujuan utama HKK semestinya tidak lain tidak bukan adalah untuk membantu pengusaha kraf menjana pendapatan serta meningkatkan taraf sosioekonomi mereka.

“Puluhan aktiviti menarik disediakan dalam menampilkan kepelbagaian produk kraf tempatan yang bertemakan ‘Ini Kraf Malaysia’ yang diketengahkan oleh usahawan dan komuniti kraf dari seluruh Malaysia,” katanya yang dimuat naik di laman Facebook MOTAC, 13 Februari lalu.

Meskipun berbaki lebih 10 hari lagi, pengunjung masih berpeluang melihat hasil seni pengusaha kraf yang memiliki kreativiti tersendiri dalam menghimpunkan pelbagai rekaan hasil tangan mereka.

Antara aktiviti menarik yang boleh diperoleh di HKK termasuklah Jualan Produk Kraf, Pameran Tokoh Kraf Negara 2024 dan banyak lagi

Tidak ketinggalan, pelbagai jenis pameran dan demontrasi disediakan antaranyaa Pameran Standard Kraftangan Malaysia, Pameran Pavilion Institut Kraf Negara (IKN) serta Pameran Produk Kraf Baharu turut disediakan dalam HKK kali ini.

Malah pengunjung turut didedahkan dengan demonstrasi pembuatan produk kraf menggunakan rotan, kayu, mengkuang, ribu-ribu, tekatan, dan manik.

Jadi sempena cuti sekolah yang masih berbaki, anda dijemput beramai-ramai memeriahkan lagi HKK yang berlangsung Kompleks Kraf Kuala Lumpur di Jalan Conlay yang dibuka 10 pagi sehingga 10 malam setiap hari sehingga 4 Mac depan.

Sumber: Malaysia Madani

Continue Reading

Pengumuman

Joshua Salaam: Two Sides Of A Story

Diterbitkan

pada

Salah seorang anggota kumpulan trio popular Native Deen, Joshua Salaam dari Amerika Syarikat kini berada di Malaysia sempena siri jelajah di sini yang berlangsung semenjak minggu lalu. Berbeza dengan kedatangannya sebelum ini bersama Malik dan Naeem, kali ini beliau hadir berseorangan ke Malaysia untuk berkongsi pandangan isu semasa serta pengalaman beliau sebagai pendakwah yang aktif berinteraksi bersama golongan belia di Amerika Syarikat.

Sepanjang minggu lalu, Joshua telah menyampaikan beberapa siri ceramah di Johor, Kuala Lumpur, Kelantan dan Kedah yang dihadiri oleh para hadirin dari pelbagai latar belakang pendidikan, agama dan profesion.

Minggu ini beliau akan meneruskan siri ceramah di Talent Lounge, Petaling Jaya dengan membawakan topik perbincangan bertajuk Two Sides Of A Story: The Need For Critical Thinking & Reasoning Among Muslims Today. Program anjuran Young Muslims Project dengan kerjasama Universoul ini dijadualkan akan berlangsung pada 17 Ogos 2016.

Berikut adalah keterangan lanjut mengenai program ini:-

Two Sides Of A Story: The Need For Critical Thinking & Reasoning Among Muslims Today

There is a need for Muslims today to not look at things on the surface. With technological advancement; especially the rise of social media – we have become desensitized with information due to its vast quantity and its instantaneous capability. We now only look at matters on the surface level – without having executed due diligence in checking the authenticity and validity of the information.

There is a need to have critical thinking and reasoning in order for us to have better understanding of today’s challenging world, a world where we are bombarded with ideologies.

joshua salam

Anda yang berminat untuk menyertai sesi perkongsian bersama Joshua Salaam boleh mendapatkan tiket PERCUMA di laman Peatix sekarang.

– Munsyeed

Continue Reading

Berita

Kambing Kebuli Tarikan Utama Buffet Ramadhan SACC

Diterbitkan

pada

Buffet Ramadhan SACC

Buffet Ramadhan SACC

Shah Alam Convention Centre (SACC) atau juga dikenali sebagai Pusat Konvensyen Shah Alam akan menganjurkan Promosi Bufet Ramadan 2014 sempena ketibaan Ramadhan 1435H.

Bertempat di Dewan Shah Alam 2, pihak SACC telah mengadakan majlis perbiu Promosi Bufet Ramadhan 2014. Majlis perbiu ini telah dilancarkan oleh Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, YBhg. Tuan Haji Azlan Bin Alifiah dan diiringi oleh Ketua Pegawai Eksekutif SACC sendiri iaitu Puan Shuhainie Shamsudin.

Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran YB Teresa Kok selaku Pengerusi Lembaga Pengarah SACC dan YB Lee Kim Sin merangkap Ahli Lembaga Pengarah SACC. Turut hadir ialah Ketua EXCO SACC iaitu Puan Hajah Zubaidah Binti Ab. Jabar bersama Ahli Lembaga EXCO SACC, Puan Hajah Norazlina Amran.

Berucap di majlis tersebut, Tuan Haji Azlan Alifiah berkata penganjuran bufet Ramadan pada tahun ini sudah pasti membawa keberkatan tersendiri hasil daripada perancangan teliti untuk mengadakan satu jalinan usahasama istimewa 3 penjuru bagi mencapai satu matlamat murni.

Usahasama yang dimaksudkan itu melibatkan pihak SACC, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) dan ia berbentuk tabung kutipan amal untuk mengumpul dana bagi tujuan meningkatkan lagi jumlah pencetakan Al-Quran Braille di Malaysia.

CEO SACC Puan Shuhainie Shamsudin bersama seorang tetamu.

CEO SACC Puan Shuhainie Shamsudin bersama seorang tetamu.

Dalam majlis Penyerahan Memorandum Persefahaman itu, pihak SACC diwakili oleh CEO Puan Shuhainie Shamsudin manakala Dato’ Bakhtiar Hussin mewakili MAIS. Majlis Penyerahan ini disaksikan oleh En. Zakaria Yahya, Yang Dipertua PERTIS dan Tuan Haji Azlan Alifiah sendiri. Antara lain kandungan Memorandum Persefahaman itu menyebut pihak PERTIS melalui MAIS akan menerima sumbangan hasil kutipan amal daripada dana yang dilancarkan sebagai “Tabung Al-Quran Braille” di majlis tersebut. Difahamkan, tempoh kutipan tabung berkenaan ialah sepanjang tahun 2014 dan dana ini akan diserahkan kepada MAIS pada satu tarikh yang akan diumumkan pada tahun hadapan.

Seindah namanya, Sinar Ramadan memancarkan serinya dalam dewan yang dipenuhi oleh jemputan dan rakan media itu dengan membawakan 120 juadah ala kampung yang bakal disajikan di Bufet Ramadan 2014 anjuran SACC. Bagaikan telah menjadi satu tradisi bagi pusat konvensyen yang gah namanya sebagai penyedia lokasi untuk sebarang acara ini untuk menganjurkan bufet sebegini sempena kedatangan bulan yang mulia ini.

Ketika ditemui, Shuhainie berkata mekanisma kutipan amal ini amat menarik kerana ia melibatkan semua pengunjung yang datang berbuka di SACC. “Untuk berbuka di sini, anda perlu membeli baucar. Daripada hasil jualan setiap keping baucar itu, RM1.00 akan disalurkan kepada “Tabung Al-Quran Braille” ini. Jadi secara tidak langsung, semua pelanggan kami berpeluang untuk berbuka sambil beramal di SACC”.

Mengimbas kejayaan lalu, Shuhainie berkata “Kesungguhan kami pada tahun ini sebenarnya turut didorong dengan lakaran sejarah kejayaan yang kami kecapi pada tahun-tahun sebelum ini”. Pada tahun 2013, SACC menganjurkan Bufet Ramadan dengan tema “Nuansa Palestina” manakala tema pada tahun 2012 ialah “Rasa Nusantara”.

Menurut Shuhainie, baucar bufet ini telah mula dijual dan boleh diperolehi di SACC bermula hari ini. Dengan harga RM 88.00 bagi seorang dewasa dan RM 44.00 bagi kanak-kanak, para pengunjung pastinya akan berpuas hati dengan segala macam pilihan yang ada. Lebih istimewa, kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah tidak dikenakan bayaran.

Selain merasmikan pelancaran Bufet Sinar Ramadan, beberapa produk berkaitan turut dilancarkan.

“Sebagai sebuah syarikat Penyedia Perkhidmatan, sudah tentulah kami ada merangka pakej-pakej lain terutama untuk pelanggan korporat kami”. Jelas Shuhainie lagi.

Dua pilihan pakej menarik Bufet Ramadan telah disediakan untuk pelanggan korporat SACC pada harga RM 88.00+ dan RM 98.00+ seorang. Sementara itu, pakej “Anugerah Lebaran” untuk pelanggan korporat yang ingin mengadakan majlis Rumah Terbuka pula bermula daripada harga RM 85.00+ seorang.

“Tidak terhad untuk tempahan dewan di SACC sahaja, perkhidmatan katering kami juga mempunyai keupayaan untuk membawakan pakej tersebut ke lokasi lain”. Tambah Shuhainie.

Untuk membuat tempahan baucar atau mendapatkan maklumat lanjut berkaitan semua pakej yang ditawarkan oleh SACC, pelanggan hanya perlu menghubungi SACC di talian 03 – 5511 8813. Kakitangan SACC yang mesra pelanggan sudah pasti akan menyambut panggilan anda dengan mesra.

Meja hidangan ulam-ulaman

Ulam-ulaman turut dihidangkan bagi penggemar ulam-ulam tempatan.

Alhamdulillah, pada tahun lepas, Munsyeed berpeluang menghadiri Majlis Berbuka Puasa Nuansa Ramadhan di SACC. Pelbagai juadah menarik disediakan oleh pihak SACC. Paling menarik sudah semestinya juadah Kambing Kebuli yang disediakan khas oleh Chef khas SACC. Disamping itu, terdapat juga juadah lain yang disediakan khas untuk para pengunjung.

Lebih menarik lagi, pihak SACC menyediakan banyak gerai makanan bagi keselesaan para pengunjung. Jadi, anda tidak perlu berhimpit-himpit dan berebut-rebut untuk mengambl juadah yang disediakan.

Jangan lupa untuk hadir ke SACC. Berbuka puasa sambil beramal. Semoga Ramadhan ini menjadi medium untuk kita meningkatkan amal ibadah kepada Allah SWT.

– Munsyeed Dot Com

Continue Reading

Trending

Hakcipta Terpelihara © 2024 Munsyeed Edutainment