Categories: BeritaTempatanTerkini

Halim Jawab Isu Lagu Devo Dalam Album Nasyid Indie

Sebaik sahaja pihak Neurotic Studio melancarkan pradengar album Koleksi Nasyid Indie Vol. 3 pada minggu lepas, wujud suara-suara sumbang yang mempertikaikan kewujudan lagu Devo dalam album tersebut.

Menurut mereka, Devo selaku artis popular tidak sepatutnya terlibat dalam album nasyid indie ini.

Sewaktu menemubual Halim Ahmad, pada hujung minggu lepas, kami sempat bertanyakan isu ini kepada beliau.

Sebagai penerbit album Nasyid Indie Vol. 3 dan salah seorang ahli kumpulan Devo, Halim menjawab isu ini dengan tenang dan pada masa yang sama, beliau turut meluahkan kekecewaan beliau terhadap sikap segelintir penasyid baru yang tidak bersungguh-sungguh dengan peluang yang telah diberikan.

“Konsep album nasyid indie kali ini berlainan. Dulu kita beri peluang pada penasyid-penasyid indie untuk tonjolkan bakat dan kesungguhan masing-masing melalui album, supaya ada produk untuk dihadiahkan kepada peminat masing-masing,”

“Tetapi tidak ramai yang bersungguh nak ceburkan diri secara serius dalam bidang ini. Muncul kejap dan terus sepi. Walaupun buat kerana hobi sekalipun kena bersungguh sebab ramai orang lain yang tak berpeluang merakamkan album. Bunyi macam kecewa, tetapi itulah realitinya sebilangan penasyid baru.” ujar Halim.

“Jadi album kali ini lebih kepada mengumpulkan lagu-lagu yang dilihat berpotensi untuk lebih maju dan sudah terbukti ada peminatnya yang tersendiri.”

“Contohnya lagu Rindu Ramadhan yang memang tidak pernah dimuatkan dalam mana-mana album, sekarang peminat Devo boleh dengarkan versi baru melalui album ini.” jelas Halim lagi.

Begitulah kisahnya. Semoga ia memberi pengajaran buat semua orang. Bukan semua orang berani ambil risiko seperti Halim untuk menerbitkan album nasyid indie. Tambahan pula untuk penasyid baru yang belum ada peminat yang kuat. Peluang yang ada sepatutnya dimanfaatkan dengan baik untuk lebih maju dalam kerjaya.

Apa pun, kami berharap agar Halim tidak berputus asa sebaliknya terus berusaha keras dalam menghasilkan karya-karya yang lebih bermutu. Munsyeed sokong usaha Halim mencari bakat-bakat baru untuk bersinar dalam industri muzik tanahair.

– Munsyeed Dot Com

Munsyeed Admin

Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

5 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

5 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

5 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

5 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

5 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

5 months ago