Categories: PengumumanProgram

Hero KCB & Ustaz Hasrizal Dalam Bicara Selebriti

Bicara Selebriti

Hero Filem Ketika Cinta Bertasbih, Kholidi Asadil Alam bakal berkongsi pentas bersama penceramah terkenal, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil dalam sebuah program bual bicara santai yang diberi nama Bicara Selebriti. Beliau yang popular menerusi watak Abdullah Khairul Azam bakal menjejakkan kaki ke negeri Kelantan buat pertama kali selepas Oki Setiana Dewi (Heroin Ketika Cinta Bertasbih) yang pernah menghadiri program bual bicara yang sama pada Mac 2012.

Kholidi bakal digandingkan bersama Ustaz Hasrizal dan 2 lagi selebriti popular, Ana Raffali dan Haryati Hamzah (Yatt) dalam program Bicara Selebriti. Pengacara TV Alhijrah dan perunding motivasi terkenal, Amin Idris akan bertindak sebagai moderator bagi program tersebut.

Butiran program adalah seperti berikut:

Tarikh : 18 Julai 2012
Hari : Rabu
Masa : 9.00 malam
Tempat : Balai Islam, Kota Bharu, Kelantan.
Anjuran : Kerajaan Negeri Kelantan

Bagi mereka yang berkelapangan, anda dijemput hadir ke majlis ini bagi memeriahkan lagi majlis ilmu seumpama ini.

Buat mereka yang tidak berpeluang ke program Bicara Selebriti ini, anda boleh menonton melalui live streaming di www.KelantanTV.my.

-Munsyeed{Dot}Com

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

4 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

4 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

4 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

4 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

4 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

4 months ago