Pada hari Khamis lepas, kumpulan nasyid tersohor Malaysia, Hijjaz telah mengadakan Majlis Rumah Terbuka Hijjaz Records bertempat di hadapan pejabat urusan mereka di Kota Damansara.
Majlis rumah terbuka Hijjaz Records ini dihadiri ramai kenalan artis, pengamal media dan ahli-ahli Komuniti Sahabat Hijjaz. Tidak ketinggalan, rakan-rakan niaga Hijjaz Records yang turut diraikan dalam majlis rumah terbuka tersebut.
Pelbagai juadah yang memikat selera dihidangkan di majlis rumah terbuka tersebut. Antaranya Nasi Arab, Nasi Beriyani, Nasi Impit bersama rendang, buah-buahan, kek tajaan Ummubake Shop dan manisan puding berlapis istimewa hasil ilham Amir Hufaz dan keluarga.
Kemunculan penulis lirik terkenal, Ito Lara atau nama sebenar Mohd Radzi Sulaiman, pelakon remaja Airel Zafrel, Bazli UNIC dan beberapa rakan artis berjaya mencuri tumpuan para hadirin.
Pradengar Album Kompilasi Terbaru
Pada majlis yang sama, Hijjaz Records turut mengambil peluang memperdengarkan beberapa lagu yang bakal dimuatkan dalam album kompilasi terbaik Hijjaz Records yang bakal diterbitkan tidak lama lagi.
Menurut Hijjaz, album kompilasi Hijjaz Records ini nanti bakal menampilkan lagu-lagu terbaik yang pernah dihasilkan oleh Hijjaz Records menerusi kumpulan Hijjaz sendiri, Inteam (sebelum ini dikenali sebagai In-Team), UNIC, Mestica dan ramai lagi. 2 artis baharu bakal menghiasi track dalam album kompilasi ini iaitu kumpulan Hufaz dan seorang artis wanita yang masih dirahsiakan oelh Hijjaz Records.
Ok, jom kita tengok gambar-gambar yang sempat dirakamkan di Majlis Rumah Terbuka Hijjaz Records baru-baru ini. Gambar ihsan: Hijjaz Records Sdn Bhd.(Klik pada gambar untuk paparan lebih besar)
[carousel arrows=”display” buttons=”display”]
[panel]
Antara juadah yang dihidangkan di Majlis Rumah Terbuka Hijjaz Records.
[/panel]
[panel]
Tetamu yang hadir mengambil juadah yang dihidang ala buffet di majlis tersebut.
.[/panel]
[panel]
Munif Hijjaz melayan tetamu yang hadir
.[/panel]
[panel]
Airel Zafrel turut hadir memeriahkan suasana Majlis Rumah Terbuka Hijjaz Records.
.[/panel]
[panel]
[/panel]
[/carousel]
-Munsyeed{Dot}Com