Categories: BeritaTempatanTerkini

Hudud: PU Rahmat Jawab Video BFM Kupas

Anda mungkin sudah melihat video yang hangat diperkatakan berkaitan kupasan BFM Kupas dalam isu perlaksanaan hudud di Kelantan. Anda juga mungkin sudah khatam membaca komen-komen serta reaksi rakyat Malaysia terhadap video tersebut. Apa yang pasti, majoriti umat Islam di Malaysia secara umumnya amat tersinggung dengan ulasan yang diberikan oleh Aisyah Tajuddin di dalam video tersebut. Malangnya kekecewaan itu telah diluahkan dalam bentuk yang tidak Islamik oleh majoriti warga maya. Tindakan ini secara tidak langsung telah mencalar imej baik Islam.

Berbeza dengan pendakwah muda kelahiran program realiti Pencetus Ummah terbitan Astro, PU Rahmat tidak mahu hanyut dalam pesta caci-maki yang sedang rancak berlaku. Beliau tampil dengan pendekatan yang lebih mesra dan berhikmah menerusi hujah-hujah yang disampaikan di dalam sebuah video di laman YouTube. Dalam video hujah balas berdurasi 5 minit 45 saat itu, PU Rahmat cuba menjawab beberapa perkara yang diketengahkan oleh Aishah Tajuddin di dalam video BFM Kupas.

Selain menjawab isu yang diutarakan, PU Rahmat turut mengajak Aisyah untuk kembali kepada Al-Quran dengan mengkaji intipatinya. “Selain daripada tepuk dada tanya selera, tepuk dada tanya iman, buka Al-Quran, buat kajian”, katanya di dalam video tersebut.

“Silakan untuk mengkritik tapi sila bawa hujah, bawa bahan ilmiah. Bukan setakat sindir-menyindir, kutuk-mengutuk, rendah-merendahkan. Ia tidak akan membuatkan Malaysia lebih baik”, tambahnya lagi di penghujung video tersebut.

Pada pandangan Munsyeed, usaha PU Rahmat menjawab isu ini dengan penuh berhikmah adalah suatu bentuk dakwah yang sangat baik dan wajar dicontohi oleh umat Islam di Malaysia. Sebagaimana teguran yang disampaikan oleh PU Rahmat kepada Aisyah, sedikit sebanyak ianya juga turut terpakai untuk kita. Perbuatan kutuk-mengutuk dan merendah-rendahkan sesama muslim tidak akan menjadikan Malaysia yang kita cintai ini sebuah negara yang lebih baik. Sebaliknya, ia akan mewujudkan satu suasana yang tidak sihat sepertimana yang kita lihat telah berlaku hari ini.

Tepuk dada, tanyalah Iman.

– Munsyeed

Munsyeed Admin

Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago