Categories: BeritaTempatanTerkini

Hussamuddin Yaacub, Dr Izhar Arif Dilantik Ahli MAIWP 2024 – 2026

Pengasas Kumpulan Karangkraf; Datuk Hussamuddin Yaacub dan Penceramah Selebriti; Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Mohd Izhar Ariff telah dilantik menjadi Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi tahun tempoh 2024 hingga 2026. Pelantikan Hussamuddin dan Mohd Izhar sebagai Ahli MAIWP diumumkan setelah mendapat perkenan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Sultan Ibrahim.

Pengumuman pelantikan Ahli MAIWP telah dibuat di Majlis Penyerahan Surat Pelantikan Anggota MAIWP yang disempurnakan oleh YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Selain Hussamuddin dan Mohd Izhar, beberapa figura terkemuka tanah air yang terdiri dari kalangan ahli akademik, usahawan dan teknokrat turut dilantik menganggotai Ahli MAIWP. Berikut adalah senarai penuh Ahli MAIWP bagi tahun 2024 hingga 2026:

Ahli MAIWP 2024 2026

Tuan Syed Kamarulzaman bin Syed Kabeer – Pengerusi MAIWP

Datin Paduka Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff – Timbalan Pengerusi MAIWP

Datuk Awang Alik Jeman – Ahli

Datuk Seri Azri Ahmad – Ahli

Prof Madya Datuk Dr Lukman Abdullah – Ahli

Datuk Kamarulzaman Mat Salleh – Ahli

Datuk Dr Nooh Gadut – Ahli

Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman – Ahli

Datuk Hussamuddin Yaacob – Ahli

Tan Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir – Ahli

Datuk Seri Amrin Awaluddin – Ahli

Datuk Seri Yusof Ismail – Ahli

Datuk Dayang Sadiah Abg Bohan – Ahli

Datuk Mohammad S Ahmad – Ahli

Lt Kol (K) Datuk Anwari Suri – Ahli

Prof Dr Abdul Rahim Abdul Rahman – Ahli

Zuri Zabuddin Budiman – Ahli

Prof Dr Rusni Hassan – Ahli

Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim – Ahli

Ustaz Ahmad Fauwaz Ali@Fadzil – Ahli

Prof Datuk Dr Taufiq Yap Yun Hin – Ahli

Datuk Mohd Ajib Ismail – Ahli

Dalam pada itu, Mohd Na’im turut berharap agar kesemua Ahli MAIWP yang baharu dilantik tersebut, dapat menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberi dengan baik.

“Semoga MAIWP terus dipacu dengan penuh dinamik dan berintegriti mengupayakan para asnaf di Wilayah-Wilayah Persekutuan,” ucap beliau.

Sumber gambar: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago