Categories: KhasTerkini

Imbasan 2010: Artis Ke Persada Antarabangsa

Raihan

Raihan, satu nama besar yang acapkali mendapat pengiktirafan dalam dan luar Negara sering kali mendapat undangan untuk mengadakan persembahan di luar Negara. Selaku perintis kegemilangan nasyid Malaysia, Raihan yang pernah termasuk dalam senarai 500 individu Muslim paling berpengaruh di dunia, tidak pernah sunyi dalam menyebarkan dakwah seni ke pelusuk dunia. Satu-satunya artis nasyid Malaysia yang pernah membuat persembahan di Royal Albert Hall London, Raihan pada tahun ini menerima 2 jemputan mengadakan persembahan di Australia. Tidak cukup dengan itu, mereka turut diundang ke Indonesia sebanyak 4 kali pada tahun ini untuk mengadakan persembahan. Alunan gemersik dengan lantunan percussion yang seakan berpadu telah membawa Raihan seterusnya ke negara jiran, Thailand sebanyak 2 kali pada tahun ini. Semoga musafir dakwah Raihan mendapat bantuan daripada Allah swt.

Hafiz Hamidun

Tahun ini mungkin tahun terbaik buat Hafiz Hamidun mengembangkan bakatnya ke persada antarabangsa. Beliau yang menghadkan tugasan dalam bidang pengacaraan, banyak emmberi tumpuan kepada kariernya sebagai penyanyi, penerbit dan komposer di syarikat miliknya, Arteffect Production. Hafiz yang pernah mendapat jolokan ‘Sami Yusuf Malaysia’ ini telah menerima undangan untuk mengadakan persembahan di beberapa buah negara pada tahun ini.

Hafiz berpeluang ke Kota Istanbul, Turki pada awal tahun ini. Disana, beliau sempat bersama pihak radio tempatan Turki dan berkongsi beberapa material disamping bertukar-tukar pendapat. Tidak cukup setakat itu, Hafiz juga tidak melepaskan peluang untuk ke Singapura, Brunei dan Indonesia. Umum mengetahui keakraban komposer terkenal ini dengan rakan karibnya Imran Ajmain, penyanyi dari Kota Singa tersebut. Musafir dakwah Hafiz Hamidun di Indonesi juga membuka ruang kepada beliau bertemu dengan penyanyi paling ngetop di Indonesia, Rossa. Difahamkan, Hafiz ada berbincang beberapa perkara penting dengan Rossa untuk projek beliau bagi tahun hadapan, 2011.

Menamatkan musafir dakwahnya pada tahun ini, Hafiz berlepas ke Vietnam untuk mengadakan persembahan disana sempena Hari Raya Aidil Adha pada bulan November baru-baru ini.

Inteam

2010 membuka lembaran baru buat Inteam apabila mereka diundang untuk membuat persembahan di Shiefield, United Kingdom buat julung kalinya. Inteam pada tahun-tahun sebelumnya pernah membuat persembahan di Brunei, Mesir, Singapura, Indonesia dan acapkali menerima jemputan ke Thailand. Namun, peluang membuat persembahan di Shiefield, United Kingdom bertukar menjadi pengalaman pahit bagi mereka apabila 2 ahli kumpulan Inteam, Syah dan Rahim beserta PA rasmi mereka, Fairus Zainal di tahan di bahagian imigresen lapangan terbang United Kingdom. Setelah ditahan selama hampir 1 hari, akhirnya mereka dihantar pulang ke Malaysia. Amin Inteam yang kebetulan sudah sampai 2 minggu awal akhirnya terpaksa membuat persembahan secara solo di Shiefiled, United Kingdom.

Tahun ini juga, Inteam sekali lagi diundang ke Krabi, Pattani, Thailand untuk mengadakan konsert awal muharam disana. Pada kali ini, Inteam turut bergandingan dengan Unic dalam menyebarkan dakwah seni di tempat tersebut.

Unic

Unic semakin berani melangkah kehadapan. Optimis dengan masa depan yang semakin cerah, kali ini Unic melangkah ke persada antarabangsa dengan menerima jemputan mengadakan persembahan di Madrasah Al-Junied, Singapura. Tidak berhenti disitu, Unic berpadu tenaga bersama Inteam meredah wilayah bergolak dalam menyampaikan risalah dakwah apabila dijemput membuat konsert di Krabi, Pattani, Thailand. Di Thailand, Unic turut ditemuramah stesen radio tempatan disana bersama kumpulan Inteam.

Devotees

Musafir 4 orang anak muda yang menganggotai kumpulan Devotees ini begitu mencabar. Disaat orang lain meraikan Aidil Adha  bersama keluarga tercinta di kampung halaman, mereka memilih untuk menjalankan kerja-kerja dakwah di bumi Kemboja. Devotees tidak keseorangan, mereka ditemani oleh krew EZ Qurban yang menjadi tunjang utama kepada penganjuran musafir dakwah ke negara Kemboja tersebut.

Seperti tahun sebelumnya, pihak EZ Qurban sekali lagi menjemput kumpulan Devotees untuk sama-sama mendekati penduduk Muslim Kemboja yang memerlukan. Menariknya pada tahun inii, disamping terlibat dalam ibadah qurban di sana, Devotees turut mengambil kesempatan mengadakan majlis pra-pelancaran album terbaru Devotees berjudul Berjalan Tanpa Henti.

Mu’adz Dzulkefly

Artis solo yang sangat popular dengan lagu Stand Up dan lagu-lagu nasyid berasaskan hadis ini begitu menyerlah pada tahun ini. Manakan tidak, persembahan bertenaga beliau begitu memukau dengan kemantapan vokal yang cukup menyerlah! Tahun ini, selain mengadakan persembahan duet dengan rapper dari Jepun, Kenji, beliau turut mendapat undangan persembahan dari negara luar seperti Singapura, Indonesia dan yang terbaru Kemboja.

Graduan ijazah undang-undang UIAM ini memiliki kelebihan tersendiri apabila beliau merupakan satu-satunya artis nasyid Malaysia yang menyanyikan lagu-lagu berasaskan hadis. Dengan lagu yang mampu menaikkan semangat pendengar, persembahan Mu’adz setanding Soutul Harakah dari negara Indonesia. Justeru, penulis tidak terkejut apabila difahamkan Mu’adz begitu popular di negara jiran itu.

Disamping melebarkan sayap ke negara luar, Mu’adz juga turut terlibat dalam kumpulan Salam Nasyeed dan tim Studio Muallaf. Nantikan kupasan lanjut mengenai Salam Nasyeed dan Studio Muallaf dalam Imbasan 2010 Edisi Highlight 2010.

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

2 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

2 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

2 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

2 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

2 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

2 months ago