Connect with us

Berita

“Imran menangis real tu…” – Peminat Puji Lakonan Imran Aqil Dalam Video Muzik Di SisiMu

Diterbitkan

pada

Imran Aqil dan Hazamin Inteam

Minggu lalu, kumpulan nasyid popular Inteam mengejutkan industri apabila memuat naik status “Hazamin Keluar Inteam” di media sosial.

Status tersebut menjadi tular dan mendapat pelbagai reaksi daripada peminat, dengan ada yang terkejut, tertanya-tanya, dan ada juga yang mula berspekulasi mengenai masa depan kumpulan itu.

Namun, rupa-rupanya ia hanyalah gimik bagi pelancaran single solo pertama Hazamin berjudul Di SisiMu.

Kerjasama Dengan Komposer Dari Indonesia

Sebagai anggota kumpulan Inteam sejak awal penubuhannya, Hazamin kini mencuba sesuatu yang baharu dalam perjalanan seninya dengan tampil secara solo buat pertama kali.

Di SisiMu merupakan hasil ciptaan komposer Arie Tidar dari Indonesia dengan lirik ditulis oleh penulis lirik terkenal, ITO Lara.

Susunan muziknya pula dilakukan oleh komposer Juara Lagu AJL-39; Wan Saleh, yang turut bertindak sebagai sound engineer bersama Kirmizi.

Bonus Trek dalam Album Zikir Munajat

Lebih istimewa, Di SisiMu juga merupakan bonus trek dalam album Zikir Munajat, sebuah projek yang menjadi impian Hazamin sejak sekian lama dan akhirnya bakal direalisasikan pada awal Ramadan ini.

Menurut Hazamin, album ini adalah antara cita-citanya untuk menghasilkan sebuah karya yang penuh dengan elemen zikir dan ketenangan jiwa.

“Lagu Di SisiMu membawa mesej yang mendalam. Ia mengajak pendengar untuk sentiasa merindui dan mendekatkan diri kepada Tuhan, terutama ketika melalui ujian dan kesulitan dalam hidup. Lagu ini bukan sekadar hiburan, tetapi juga satu peringatan tentang betapa pentingnya mencari ketenangan dalam doa dan zikir kepada-Nya,” ujar Hazamin.

Lagu ini turut melibatkan Fuad Ko sebagai penyanyi latar, dengan proses mixing dan mastering dilakukan oleh Wan Saleh di Inteam Studio dan Rekaman Studio.

Imran Aqil Sebagai Watak Utama

Menariknya, video muzik Di SisiMu turut menampilkan pelakon berbakat besar Imran Aqil sebagai watak utama dalam video muzik tersebut.

Imran begitu menjiwai watak yang diberikan dan berjaya menambah kesan emosi yang telah diberikan oleh Hazamin menerusi video muzik ini.

Turut membantu, penggiat seni Ismail Kassim yang melakonkan watak bapa kepada Imran dan HN Dzulkifly sebagai watak sampingan.

Video muzik Di SisiMu diarahkan oleh Rasyid Amir, yang turut bertindak sebagai editor dan sinematografer bersama Zulfarqan.

Sementara itu, versi audio lagu ini telah pun dilancarkan pada 14 Februari lalu dan mendapat sambutan positif daripada peminat. Rata-rata memuji vokal dan penghayatan Hazamin dalam menyampaikan lagu tersebut.

Video muzik yang dilancarkan hari ini dijangka akan memberi impak yang lebih besar dengan visual yang menyentuh emosi.

Walaupun Di SisiMu merupakan percubaan pertama Hazamin sebagai penyanyi solo, peminat tidak perlu risau kerana beliau masih kekal sebagai anggota Inteam. Gimik pelancaran yang digunakan berjaya mencuri perhatian ramai, membuktikan strategi promosi kreatif daripada pihak Hazamin dan pasukannya.

Dengan kelainan yang dibawa melalui lagu solo ini, Hazamin berharap Di SisiMu mampu memberi ketenangan kepada pendengar serta menjadi pemangkin kepada lebih banyak karya solo pada masa akan datang, di samping terus aktif bersama Inteam.

Iklan
Komen

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Berita

“Ia bukan sekadar lagu, tetapi luahan jiwa…” – Intisor Sentuh Hati Pendengar Menerusi Lagu Pulang

Diterbitkan

pada

Intisor

Kumpulan Intisor kembali menghangatkan industri nasyid apabila tampil dengan single terbaru berjudul Pulang.

Lagu ini menampilkan kerjasama istimewa Intisor dan Aiman dan telah dilancarkan secara rasmi pada 27 Januari 2025 lalu.

Menariknya, lagu Pulang adalah hasil ciptaan komposer Mohariz Yaakup dengan lirik oleh Pito Inheart.

Menurut ketua kumpulan Intisor, Abdul Samad Alhikami yang juga bertindak sebagai penerbit, Pulang membawa mesej yang mendalam tentang perjalanan seseorang yang ingin kembali kepada fitrah setelah sekian lama tersesat jalan.

“Lagu ini bukan sekadar karya muzik, tetapi juga satu luahan jiwa tentang pencarian diri dan keinsafan. Kami berharap ia dapat menyentuh hati pendengar, sama ada peminat nasyid atau bukan nasyid,” ujar Samad Intisor.

Dihasilkan di bawah label Intisor Media Network dan diedarkan oleh NSR, Pulang menjalani proses rakaman di Sonic Legend Studio.

Aspek teknikalnya turut mendapat sentuhan profesional, dengan proses mixing oleh Greg Handerson dan mastering oleh Felix Voon.

Lebih menarik, Intisor meletakkan harapan tinggi agar Pulang bukan sahaja diterima baik oleh peminat, tetapi juga mampu bersaing di pertandingan-pertandingan muzik berprestij.

Bagi peminat yang ingin menikmati Pulang, lagu ini kini boleh didengarkan di semua platform penstriman digital.

Continue Reading

Berita

Amin Idris Kongsi Video Acah “Suci Sekeping Hati 2025”

Diterbitkan

pada

Saujana, Amin Idris dan Wany Hasrita

Pendakwah dan personaliti terkenal, Amin Idris, membuatkan ramai peminat nasyid teruja apabila memuat naik sebuah video acah (teaser) rakaman lagu ‘Suci Sekeping Hati’ versi 2025 di studio.

Lebih menarik, versi baharu lagu ini bakal menampilkan kumpulan Saujana, Amin Idris dan Wany Hasrita serta dua bekas ahli kumpulan Saujana, Datuk Dr Idzu Baharin dan Dr Faizul Ghazali.

Istimewanya, projek ini dijayakan dengan kerjasama jenama telekung premium, Siti Khadijah, yang sinonim dengan elemen ketenangan dan keanggunan dalam ibadah.

@iamaminidris

Kita share sikit #bts #sucisekepinghati 2025. Amacam? Ok tak versi acapella? . @SAUJANA @Telekung Siti Khadijah @wany

♬ original sound – Amin Idris – Amin Idris

Kerjasama ini bukan sahaja memberi nafas baharu kepada lagu yang pernah menjadi siulan ramai, tetapi juga menzahirkan mesej spiritual yang lebih mendalam kepada peminat.

Video acah tersebut telah mencetuskan keterujaan dalam kalangan peminat yang tidak sabar menantikan versi terkini lagu malar segar ini.

Dengan susunan muzik yang dijangka lebih segar dan dinamik, projek ini pastinya mengimbau nostalgia buat peminat setia nasyid, sambil memperkenalkan karya ini kepada generasi baharu.

Peminat kini menantikan pengumuman rasmi mengenai tarikh pelancaran lagu tersebut, yang dijangka membawa nafas segar kepada industri nasyid tanah air.

Adakah gandingan ini mampu mencipta fenomena seperti dahulu? Sama-sama kita nantikan!

Continue Reading

Berita

Meriah! Raihan Tampil Dengan Video “Doa Niat Puasa” Versi Classroom Instruments

Diterbitkan

pada

Doa Niat Puasa - Raihan

Menjelang Ramadan, kumpulan nasyid legenda Raihan sekali lagi mencuri perhatian dengan pelancaran video terbaru mereka, “Doa Niat Puasa” (Classroom Instruments).

Kali ini, Raihan tampil dengan konsep yang lebih santai dan unik, menggunakan pelbagai alat muzik ringkas yang sering digunakan dalam pembelajaran muzik.

Dicipta oleh Abu Bakar B. Md Yatim dengan lirik oleh Che Amran B. Idris, lagu ini disusun dengan sentuhan istimewa oleh Bakafro atau Abu Bakar sendiri.

Diterbitkan oleh Raihan Creative Sdn Bhd dengan hak penerbitan oleh Warner Chappell Music, projek ini menampilkan gandingan vokal Che Amran Raihan, Abu Bakar Raihan, dan Fadzli Aziz.

Lebih menarik, versi ini membawa nuansa segar dengan alunan pianica, ukulele, xylophone, marakas, tamborin, cowbell, serta bunyi unik seperti duck whistle dan triangle.

Semua rakaman dilakukan di Sonic Legend Studio dengan sentuhan jurutera rakaman Yon, memastikan kualiti audio yang terbaik untuk para peminat.

Sambutan Hangat Daripada Peminat

Sejak dimuat naik, video ini mendapat reaksi positif daripada peminat di YouTube. Antara komen yang mencuri perhatian:

Dengan pendekatan ini, Raihan bukan sahaja menampilkan doa niat puasa dalam versi yang lebih interaktif, tetapi juga mengajak generasi muda untuk mengenali muzik Islamik dalam suasana yang lebih santai dan mendidik.

Jangan lepaskan peluang untuk menonton video penuh “Doa Niat Puasa” (Classroom Instruments) di YouTube Raihan!

Continue Reading

Trending

Hakcipta Terpelihara © 2024 Munsyeed Edutainment