Hijjaz – Janji. Sumber: Facebook Hijjaz.
Kali terakhir Hijjaz muncul dengan album penuh adalah pada tahun 2010 berjudul Permata Hijjaz. Album ini hasil kolaborasi kumpulan Hijjaz dan syarikat bumiputera, Permata Hijrah Sdn Bhd. Selepas itu Hijjaz muncul dengan album projek bersama HPA berjudul Susah Senang Kita Bersama pada tahun lepas.
Terbaru, Hijjaz mengumumkan bakal muncul dengan album baharu berjudul Janji. Tampil dengan gaya korporat menerusi gambar-gambar yang dikongsikan, Hijjaz dijangka bakal memberi kejutan dengan kelainan yang ditonjolkan menerusi pra-dengar album mereka.
Tidak perlu kita bercakap panjang, jom kita baca info menarik mengenai album terbaru Hijjaz yang sempat kami kumpulkan khas untuk anda!
Gambar eksklusif Hijjaz untuk album terbaru mereka, Janji. Sumber: Facebook Hijjaz
– Judul album terbaru Hijjaz ialah Janji. Walaupun album ini bakal terbit disaat kehangatan pilihan raya umum Malaysia ke 13, tetapi judul album ini tiada kaitan dengan mana-mana parti politik ok! hehe.
– Berdasarkan risikan kami, Hijjaz bakal menampilkan 9 atau 10 track lagu penuh untuk album Janji. Untuk kepastian, nantikan pengumuman Hijjaz.
– Selain nama-nama hebat seperti Manis Helma, Putra Aiman, Abai Os dan Atie Zam, album Hijjaz – Janji bakal menampilkan penulis lirik terkemuka Malaysia, Habsah Hassan dalam barisan komposer dan penulis lirik untuk album ini. Ingin dengar hasil kolaborasi Hijjaz dan Habsah Hassan? Cari di akaun Youtube Hijjaz. (Kami siap bagi klue… hehe)
– Lagu OST Siri Animasi Saladin berjudul Pemula Langkah bakal dimasukkan dalam senarai track lagu album Janji. Sudah dengar lagu Pemula Langkah? Untuk pradengar, boleh cari di Youtube.
– Bukan lagi rahsia yang Hijjaz bakal menyanyikan semula lagu hits Law Kana Bainana. Selepas Hafiz Hamidun dan Far East menyanyikan semula lagu ini mengikut gaya masing-masing, kini giliran Hijjaz pula menunjukkan taringnya dengan menyanyikan lagu Law Kana Bainana ini versi Hijjaz. 🙂
– Setakat ini, Hijjaz sudah perdengarkan beberapa buah lagu seperti Pemula Langkah, Hanyalah Iman, Akulah Pencinta, Janji Khalifah dan Pemilik Cinta. Ini bermakna sudah 5 lagu yang Hijjaz sudah perdengarkan. 1 lagu pula telah diketahui iaitu Law Kana Bainana. Jadi, 6 lagu sudah tersusun di dalam track album Janji. Lagi 3 atau 4 lagu? Biarlah rahsia! Hijjaz nak kasi surprise! hehe.
– Dikhabarkan, Hijjaz menggunakan khidmat pakar perunding imej untuk album terbaru mereka. Nampak kesungguhan Hijjaz menjaga kualiti album mereka. Semoga perkara ini dicontohi oleh semua artis nasyid. Setiap perkara perlu dijaga dan bukan semberono supaya ia kelak tidak memberi fitnah kepada industri sendiri. Tahniah Hijjaz!
– Adakah Hijjaz akan berduet dengan mana-mana artis untuk album terbaru mereka? Jeng jeng jeng…
– Setakat beberapa lagu yang telah diperdengarkan, boleh dikatakan semua lagu-lagu dalam album terbaru Hijjaz ini bakal memberi aura baru dalam industri nasyid Malaysia. Yang pasti, pembaharuan ini merupakan satu taktik Hijjaz menyajikan hanya yang terbaik buat para peminat yang pasti tertunggu-tunggu album baru dari kumpulan tersohor ini.
– Lagu yang paling kami minati dalam album terbaru Hijjaz? Pemilik Cinta! Lagu ciptaan Putra Aiman (Munif Hijjaz) dan lirik oleh Atie Zam ini benar-benar buat hati kami terpaut pada lagu indah ini. Nak dengar lagunya? Hijjaz ada kongsi lagu ini dalam video klip Disebalik Tabir Album Janji!
Nantikan album terbaru Hijjaz berjudul Janji yang akan menemui anda tidak lama lagi. Beli HANYA YANG ORIGINAL ok! 🙂
Disebalik Tabir Album Janji – Hijjaz. Part 1
Disebalik Tabir Album Janji – Hijjaz. Part 2
Disebalik Tabir Album Janji – Hijjaz. Part 3
Disebalik Tabir Album Janji – Hijjaz. Part 4
– Munsyeed{Dot}Com