Categories: BeritaTempatan

Inteam Aktif Terokai Pasaran Buku

Inteam Publishing Sdn Bhd

 

Setelah menghiasi pasaran album dengan menerbitkan pelbagai jenis album nasyid, doa, zikir, selawat dan bacaan Al-Quran melalui syarikat Inteam Records Sdn Bhd, Inteam kini cuba menerokai pasaran penerbitan buku melalui anak syarikatnya, Inteam Publishing Sdn Bhd. Syarikat yang ditubuhkan pada tahun 2009 ini merupakan sebuah syarikat penerbitan dan pengedaran buku-buku agama, ilmiah dan pendidikan.

Antara buku yang berkonsepkan Baca, Dengar dan Amal - Mari Berdoa.

Inteam Publishing memulakan langkah pertama dalam bidang penerbitan buku dengan menerbitkan buku-buku berkonsepkan Baca, Dengar dan Amal. Melalui konsep ini, Inteam Publishing menerbitkan buku-buku agama dan pendidikan yang turut disertakan dengan CD sebagai alat bantuan. Ia akan lebih memudahkan para pembaca untuk membaca, menghafal dan mengamalkan apa yang diajar di dalam buku tersebut. Antara judul buku yang terdapat dalam Siri Baca, Dengar dan Amal ini adalah Amalan Ibu Mengandung, Ayat-Ayat Ruqyah, Mari Berdoa, Bijak Tajwid, Surah Yaasin dan banyak lagi. Berdasarkan info daripada Inteam Publishing, 2 judul untuk siri ini telah menjadi bestseller setakat hari ini iaitu Mari Berdoa dan Bijak Tajwid.

Tidak hanya tertumpu pada siri Baca, Dengar dan Amal, tahun 2010 dan 2011 menyaksikan Inteam Publishing semakin agresif dalam memacu perniagaan mereka. Hasil sinergi berkesan staff Inteam Publishing yang pernah terlibat dalam bidang penerbitan buku dan kebijaksanaan pengurusan Inteam Publishing, Inteam Publishing mula menerbitkan buku-buku dalam pelbagai genre.

Buku-buku terbaru Inteam Publishing

Selain novel inspirasi remaja; Setanggi Kalbu Harraz, Inteam Publishing juga turut menerbitkan buku-buku yang ditulis oleh penulis terkenal tanahair antaranya tokoh agama terkenal Dato Ustaz Hassan Mahmud,  Ustaz Kazim Elias, Ustaz Ghazali Ibrahim, Ustaz Taha Tan Sri Hassan Azhari dan ramai lagi.

Disamping itu, Inteam Publishing juga giat mempelajari selok belok perniagaan penerbitan buku dari syarikat penerbitan buku Malaysia dan juga dari Indonesia. Semoga usaha murni Inteam Publishing ini memberi manfaat yang besar dalam mendidik ummah seterusnya mengembalikan kegemilangan tamadun ilmu Islam yang pernah masyur di Baghdad satu ketika dahulu.

Untuk maklumat lanjut mengenai Inteam Publishing, layari Facebook Inteam Publishing Sdn Bhd. -Munsyeed{Dot}Com

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago