Categories: KonsertPengumuman

Islamic Song Festival 2- Dinamik Nasyid Kontemporari

Tahun ini merupakan tahun kedua, Syarikat Out of This World Sdn Bhd menganjurkan acara gilang gemilang, Festival Lagu Nasyid atau Islamic Song Festival.Pada tahun lepas, syarikat memilih untuk mengadakan Islamic Song Festival di Stadium Malawati Shah Alam, tahun ini penganjuran acara paling berprestij ini akan diadakan di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Menurut Pengarah Operasi Out Of This World Sdn Bhd, Adam Bin Datuk Amanullah, mereka terpanggil untuk menganjurkan Islamic Song Festival ini adalah kerana mereka peka dan mengambil kira perubahan cita rasa muzik dikalangan remaja, bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia yang lebih menggemari genre muzik terkini.

“Melihat pada penerimaan baik itu, saya mula merancang untuk menganjurkannya lagi. Kalau boleh, saya mahu Islamic Song Festival dianjurkan sebagai acara tahunan malah pada masa yang sama menjadikan Malaysia sebagai pusat perkembangan nasyid.” Ujar Adam.

Menurut beliau lagi, penyanyi nasyid dari Afrika Selatan, Zain Bikha akan bergabung dengan kumpulan nasyid Debu dari Indonesia di hari kedua festival tersebut. Zain Bikha yang terkenal dengan lagunya “Allah Knows”, berkata bahawa beliau telah pun berganding dengan beberapa artis antarabangsa seperti Yusof Islam, Native Deen dan Dawud Ali Wharnsby dan beliau berpendapat gandingan buat julung kalinya bersama kumpulan Debu dari Indonesia pasti akan membawa keunikan kepada festival tersebut.

Ketua Kumpulan Debu, Mustafa Daood pula berkata, “Mendapat jemputan dari Zain Bikha seorang artis Nasyid Antarabangsa yang disegani merupakan satu penghormatan dan pengiktirafan kepada irama Nasyid World Music yang diperjuangkan oleh Debu.”

Islamic Song Festival 2 pada tahun ini akan menampilkan persembahan yang cukup menarik dan eksklusif dari 14 artis/kumpulan nasyid yang akan mempersembahkan lagu-lagu nasyid dalam pelbagai genre berlainan seperti folk, acapella, hip hop, kontemporari, tradisional, progresif, pop, R&B dan world music.

Pada malam Sabtu, 30.April.2011, barisan artis yang akan membuat persembahan adalah terdiri daripada La Rappel (Perancis), Fez Meghani & Aftab Ali (Amerika Syarikat), The Brotherhood (Australia), Khalid Belrhouzi (Perancis), Bennami (UAE), Ziryab (Brazil) Brotherz (Malaysia), Khaleel Muhammad (United Kingdom) dan legenda nasyid Indonesia, Opick yang terkenal dengan lagu Tombo Ati dan Ketika Cinta.

Malam kedua, 1.Mei.2011 menampilkan Zain Bikha (afrika Selatan), Debu (Indonesia), Yasin Sulaiman (Malaysia), Native Deen (US), Budi (Jerman), Aashiq Al-Rasul (United Kingdom) dan kumpulan Noor dari US.

Persembahan selama 4 jam ini akan memberi peluang kepada artis nasyid solo mahupun berkumpulan terbabit menampilkan persembahan mereka selama 30 minit.Penganjuran kali ini juga turut bermakna apabila mendapat kerjasama Stesen TV Islami terulung Malaysia, TV Al-Hijrah sebagai rakan penyiar rasmi.

Tiket-tiket berharga RM353, RM253, Rm153 dan RM103 untuk setiap malam boleh dibeli melalui TicketCharge di talian 03-92228811 atau dengan melayari www.ticketcharge.com.my.

Tiket juga boleh didapati di kaunter Saba Islamic Media (D44-D48) di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 di PWTC.

Maklumat lanjut, layari www.isfestival.com atau hubungi Cik Afizah di talian 0377821332. -MUNSYEED.COM.

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

2 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

2 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

2 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

2 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago