Categories: BeritaTempatan

Isu Tasbih Fatimah, Saujana Nafi Syiah

Saujana

Belum sempat album terbaru mereka muncul dalam bentuk fizikal album, kumpulan nasyid popular; Saujana telah dihambat dengan kontroversi apabila mereka dilabel sebagai pengikut fahaman Syiah. Isu ini timbul berikutan satu track dari album tersebut yang berjudul Tasbih Fatimah telah dinisbahkan kepada fahaman Syiah.

Print Screen di iTunes, Album Saujana – Aku Cinta Allah.

Enggan terus berteka-teki, pihak Munsyeed Dot Com telah berjumpa dengan ketua kumpulan Saujana, Suffian Amrin untuk bertanyakan isu ini lebih lanjut.

Suffian Nafi Saujana Terlibat Dengan Fahaman Syiah
Ketika ditemui di Majlis Sidang Media Pelancaran Album Inteam – Iman & Aman di Saloma Bistro, Suffian pantas menafikan yang Saujana kini terlibat dengan fahaman Syiah.

“Pada awal rakaman, kita beri nama Tasbih Fatimah (kerana) merujuk kepada album-album sebelum ini atau rujukan kami sebelum ini tanpa mengetahui nama tersebut dinisbahkan kepada ajaran atau fahaman Syiah. Bila kita finalize benda (album) ini, kita buat rujukan kepada Ustaz Dr Abdul Razak dari IIC yang merupakan pensyarah Ulum Hadis, beliau juga menegur benda yang sama. Jadi kita tukar. Cuma, malangnya, track-track tersebut sudah dimuatnaik di iTunes dalam keaadaan kita belum finalize tajuk untuk Tasbih Fatimah itu. Yang terbaru (selepas finalize), kita namakan track tersebut sebagai Zikrullah.” jelas Suffian.

Beliau juga menegaskan yang kandungan tasbih tersebut sebenarnya tiada kaitan langsung dengan fahaman Syiah.

Tegas Suffian, “Apa yang penting, kandungan tasbih tersebut tiada kaitan langsung dengan Syiah, nama Saidatina Fatimah atau memuja-muja Saidatina Fatimah. Tidak. Ia adalah zikir yang memuji Allah. Mungkin nama zikir tersebut dan bukan content yang berkaitan (dengan Saidatina Fatimah), tidak sama sekali.”

Beliau turut menambah, “Dalam album fizikal nanti, kita sudah tukar dan akan menggunakan nama Zikrullah, bukan Tasbih Fatimah. Cuma di iTunes (dan beberapa laman digital seperti Spotify dan Deezer) sahaja yang menggunakan nama Tasbih Fatimah.”

Hafiz (berdiri paling kanan) bergambar bersama penyampai radio IKIM.FM

Mengapa Gambar Hafiz Tiada Dalam Kulit Album Terbaru Saujana?
Dalam pertemuan singkat itu juga, kami sempat mengajukan soalan yang ditanya oleh salah seorang pembaca Munsyeed Dot Com mengenai ketiadaan gambar ahli baru Saujana; Hafiz, dalam kulit album terbaru Saujana sedangkan suara Hafiz ada direkodkan dalam album tersebut. Manakala, gambar Adi Abd Aziz masih ada di kulit album tersebut walhal beliau sudah mengumumkan yang beliau berehat daripada Saujana.

Saujana – Aku Cinta Allah

Dengan tenang, Suffian menjawab, “Sebab (gambar Adi masih ada dan gambar Hafiz tiada), dedikasi awal, komitmen awal telah diberikan oleh Adi kerana Adi masih lagi bersama Saujana dan keberadaan Hafiz menggantikan Adi. Jadi kita telah maklumkan kepada Hafiz yang album ini kita memang beri kredit kepada Adi.”

“Tetapi kita tetap sebut nama Hafiz (dalam album) sebab ada track yang memang Hafiz ada rekod macam zikir Subhanallah, menggunakan suara Hafiz sepenuhnya. Jadi kita kredit nama (Hafiz)  dan bukan paparan di muka depan (album). Itu memang perbincangan dalaman kami.” ujar Suffian sebelum menamatkan perbualan dengan kami.

Tahniah Saujana diatas kemunculan album baru. Suka dengar track demi track album Saujana di iTunes. Track kegemaran kami ialah Istighfar. Hati jadi sayu mendengar alunan zikir ini. Syabas Saujana! Kepada para peminat Saujana, jangan lupa beli album baru Saujana secara digital di iTunes. Kepada yang menantikan kemunculan album berbentuk fizikal, nantikan dalam masa terdekat.

– Munsyeed Dot Com

Munsyeed Admin

Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago