Categories: Terkini

JAKIM Saran Pengusaha Makanan Dan Bufet Ramadan Miliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyarankan kepada semua pihak yang berhasrat menyediakan perkhidmatan juadah sempena bulan Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi supaya memohon dan memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

Menurut Datin Paduka Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff, Ketua Pengarah JAKIM, “Saranan ini dibuat lebih awal supaya pihak-pihak berkenaan tidak menghadapi sebarang masalah seandainya berhasrat menyediakan perkhidmatan Bufet Ramadan. Seperti kelaziman, setiap kali bulan Ramadan, banyak pengusaha perniagaan makanan seperti hotel, restoran dan seumpamanya akan mempromosikan juadah berbuka puasa atau Bufet Ramadan.”

Tambah beliau lagi, pemilikan SPHM adalah penting dan menjadi kewajipan untuk pengusaha perniagaan makanan yang mempromosikan dan mengiklankan makanan halal untuk juadah Ramadan.

“Ingin dimaklumkan, bahawa mana-mana pihak yang membuat pengiklanan dengan ungkapan yang merujuk kepada makanan yang ditawarkan adalah halal dan boleh dimakan oleh orang Islam seperti Bufet Ramadan, Iftar Ramadan, Set Ramadan dan seumpamanya bagi tujuan perniagaan tanpa memiliki SPHM yang sah adalah melakukan kesalahan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 (APD 2011).”, jelas beliau.

“Pengusaha-pengusaha yang merancang untuk menyediakan perkhidmatan Bufet Ramadan dan seumpamanya namun masih belum mempunyai SPHM, adalah dinasihatkan untuk membuat permohonan secepat mungkin sama ada di JAKIM atau Jabatan mahupun Majlis Agama Islam Negeri-negeri.”

“Pihak JAKIM bersedia untuk membantu pengusaha-pengusaha bagi mendapatkan SPHM. Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi Bahagian Pengurusan Halal JAKIM di talian 03-8892 5000 atau emel kepada pr_halal@islam.gov.my.”

Pemilikan SPHM ini mampu menambah keyakinan kepada orang Islam untuk menikmati juadah Ramadan yang disediakan oleh pengusaha makanan. Ia juga memberi manfaat besar kepada restoran dan hotel-hotel yang menyediakan juadah bufet Ramadan.

Sumber: JAKIM

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

5 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

5 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

5 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

5 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

5 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

5 months ago