Categories: TerkiniUlasanVideo

Janjiku: Luahan Hati Seorang Hafiz Hamidun

Okay! Alhamdulillah saya diberi peluang untuk mendengarkan single terbaharu penasyid solo tanah air, Hafiz Hamidun berjudul ‘Janjiku’. Oh My God, so sweet lah! Peminat-peminat Hafiz Hamidun pasti ternanti-nantikan buah tangan terbaharu beliau ini yang kelihatan seperti kesinambungan dari single sebelumnya yang telah pun hits di corong-corong radio berjudul ‘Jodoh Berdua’. Dengar-dengar dari mulut orang dan juga di media, Hafiz Hamidun sudah tidak lama lagi bakal melangsungkan perkahwinannya. Wow! Semestinya lagu ‘Janjiku’ ini bakal menjadi hadiah paling sweet daripada Hafiz untuk bakal isterinya nanti kan? Ehem *angkat-angkat kening. Melalui tinjauan dari media sosial, saya dimaklumkan beliau telah pun berangkat ke tanah suci Mekah bagi menunaikan ibadah umrah. Kita doakan semoga Hafiz Hamidun dipermudahkan urusan ibadahnya di sana, diterima segala amalannya, dan dapat kembali pulang dengan selamat Insya Allah.

Let’s get back to the song. Pertama kali mendengar lagu ‘Janjiku’, saya dapat rasakan roh lagu ‘Jodoh Berdua’ itu ada bersamanya. Sangat kuat. Hafiz Hamidun sekali lagi mendapatkan khidmat komposer Azlan Abu Hassan untuk menggubah melodinya. Memang tidak dapat dinafikan lagi sentuhan emas Azlan Abu Hassan di dalam karya sekuel kepada ‘Jodoh Berdua’ ini sungguh halus dan serasi dengan kemampuan vokal yang ditonjolkan oleh Hafiz.

Saya yakin ini memang genre kesukaan Hafiz Hamidun. Tanpa mengenepikan hakikat bahawa lagu ini merupakan sebuah lagu cinta, iringan bunyi piano yang mewarnai lagu ini ternyata membawa suasana tenang dan romantis bagi sesiapa sahaja yang mendengarnya. Wahai deejay-deejay, rakan-rakan wedding planner, dan kaki karaoke majlis kahwin, anda baru sahaja memiliki sebuah lagi lagu cinta ‘sweet potong kaki’ untuk diisi di dalam play-list anda.

“Hafiz bijak bermain dengan perkaitan cinta dan amanah. Ya, cinta adalah amanah dan tanggungjawab!”

Sekali lagi Hafiz Hamidun menaruhkan lirik ciptaan sepenuhnya oleh beliau sendiri. Bait-bait yang sangat indah untuk didengar bagi sesiapa sahaja yang sedang diulit percintaan dan bakal melangsungkan perkahwinan. Namun kali ini Hafiz bijak bermain dengan perkaitan cinta dan amanah. Ya, cinta adalah amanah dan tanggungjawab! Tahniah buat Hafiz Hamidun. Kedengaran ikhlas setiap bait lirik yang digubah. Kita nantikan bagaimana penerimaan orang-orang di luar sana terhadap lagu ini.

Menonton video lirik rasmi bagi lagu ‘Janjiku’, saya terpaksa akui yang saya sedikit tercuit – sorry bro Hafiz Hamidun. Pertamanya saya jangkakan ia hanyalah video yang terisi bait-bait lirik yang bergerak. Namun sebaliknya muncul watak seorang Hafiz Hamidun sedang menyanyi sambil memegang sekuntum bunga ros di dalamnya. Tak ada masalah pun haih! Cuma mungkin saya sangat menjangkakan beliau akan kelihatan macho melalui sisi-sisi angle kamera yang tangkap nangis bersama gerak slow-motion. Namun ia tidak berlaku. Banyak perspektif dan angle kamera yang masih boleh diterokai oleh tim produksi Arteffects International. Bagi sebuah video yang hanya memfokuskan kepada penyampaian lirik, ‘Janjiku’ masih tetap berjaya mempamerkan visual yang menarik disebalik konsep minimalis yang cuba diketengahkan. Walau bagaimanapun senyuman Hafiz Hamidun tetap win. Bukan main lagi seri orang nak kahwin ni!

Saya juga mengharapkan lagu ini boleh dibawa ke satu tahap lagi bagi menampakkan sedikit pemisah dari single yang sebelumnya. Mungkin boleh dimasukkan elemen orkestra dan lead instrument yang lebih ‘strong’ untuk mengharmonikan lagi lagu ini. Akhir kata, selamat mendengar dan semoga terhibur dengan buah tangan terbaharu dari Hafiz Hamidun selaku pembuka tirai bagi tahun 2016. Ayuh berazam untuk bercinta dengan cinta yang sebenarnya!

Ajwad Amal

Seorang penuntut jurusan Komunikasi Massa di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Sering dilihat aktif menjalankan kegiatan seni di universiti. Pernah memenangi anugerah Artis Baru Nasyid Terbaik di Anugerah Nasyid IKIMFM 2014 bersama kumpulan Du'a dan kini bergerak aktif bersama trio The Prism.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

6 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

6 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

6 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

6 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

6 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

6 months ago