Categories: BeritaTempatan

K-Fiqh Berpindah Dari UIA Ke MBSA

Poster Terbaru Konvensyen Fiqh (K-Fiqh): Politik Islam Semasa.

Konvensyen Fiqh (K-Fiqh) : Politik Islam Semasa yang dijadualkan berlangsung esok di UIA terpaksa berpindah ke lokasi baharu apabila pihak pengurusan Universiti Islam Antarabangsa membatalkan tempahan Auditorium UIA yang dibuat oleh K-Fiqh 36 jam sebelum konvensyen berlangsung.

Tindakan pihak pengurusan UIA membatalkan tempahan auditorium disaat-saat akhir nyata mengecewakan ramai pihak dan mengundang kritikan dari ramai individu yang tidak berpuas hati di atas tindakan kurang professional tersebut. Pihak UIA sebelum ini meluluskan tempahan Auditorium untuk Konvensyen Fiqh : Politik Islam Semasa dan telahpun menerima 50% deposit wang sewaan daripada pihak K-Fiqh. Namun, semalam pihak pengurusan UIA menarik balik kelulusan tersebut dengan memberi alasan program tersebut bercanggah dengan AUKU.

Mengulas mengenai isu ini, Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman jelas kecewa dengan pembatalan tempahan Auditorium UIA tersebut.Di dalam Facebook milik beliau, Ustaz Zaharuddin memberi penjelasan:

Jam 8:49 malam ini (13 September 2012), Bahagian korporat UIAM membatalkan kebenaran menggunakan Main Audi untuk K Fiqh Politik Islam Semasa yang sepatutnya berlangsung pada 15 September 2012. Pihak UIAM telah meminta kami berikan kertas kerja dan nama-nama pembentang dan mereka dah luluskan sebelum ini. Tiba-tiba atas sebab AUKU katanya, ia dibatalkan disaat-saat akhir. Kami hanya ada esok (Jumaat) untuk cari tempat ganti dengan caterer untuk 850 orang makan. Sedih mengenangkan UIAM ini jugalah tempat saya bekerja namun tidak mengalukan wacana ilmu secara ilmiah dan akademik.

Terbaru, Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman mengumumkan lokasi baharu bagi Konvensyen Fiqh (K-Fiqh) Politik Islam Semasa yang akan diadakan pada hari esok, 15 September 2012 di Auditorium MBSA, Shah Alam, Selangor. Memandangkan lokasi baharu lebih besar, Ustaz Zaharuddin turut mengumumkan yang pendaftaran untuk menyertai Konvensyen Fiqh: Politik Islam Semasa dibuka semula tetapi tiada makanan disediakan untuk para peserta yang mendaftar kali ini. Makanan hanya disediakan untuk peserta yang telah mendaftar awal sahaja.

“Audi MBSA boleh memuatkan 1400 orang peserta berbanding Audi Utama UIAM yang hanya muat 850 orang.  Justeru, pendaftaran boleh dipertimbangkan jika sempat diuruskan oleh urusetia yang sedang super sibuk sekarang. Namun pendaftaran yang dilakukan pada hari ini (14 Sept 2012) atau walk-in esok, TIADA MAKANAN dan KERTAS KERJA HANYA diberikan dalam bentuk soft copy. Justeru dialukan sesiapa yang ingin daftar walk in esok. Yuran bagi kumpulan ini adalah RM 150 sahaja. Student pula RM 80 sahaja.” Jelas Ustaz Zaharuddin.

Kepada mereka yang tidak berkesempatan menyertai K-Fiqh sebelum ini, bolehlah mendaftarkan diri anda secepat mungkin. Untuk info lanjut, boleh hubungi nombor yang tertera di poster diatas atau layari www.k-fiqh.com.

Munsyeed Admin

Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

5 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

5 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

5 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

5 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

5 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

5 months ago