Oleh: Shahrulhikmi Kamaruddin
Tanggal 28 Mei yang lalu, bersempena Himpunan Sejuta Belia, Kementerian Belia dan Sukan telah menganjurkan Konsert Suara Kita bertempat di pentas Segmen Modal Insan berhadapan dengan Menara Kementerian Kewangan di Presint 2, Putrajaya.
Konsert tersebut berlangsung pada 9 hingga 11 malam. Antara artis-artis yang menjayakan malam konsert tersebut adalah UNIC, Saujana, Yasin, Heliza Helmi, dan kumpulan Rabbani sendiri. Konsert turut diserikan dengan kemunculan Al-Mawlid yang dianggotai bekas anggota tiga kumpulan penyanyi urban terkenal suatu ketika itu iaitu Ruffedge, VE dan Innuendo.
Setiap artis menyanyikan lagu-lagu yang memberi mesej perpaduan, kesedaran, keinsafan dan kasih sayang. Sambutan amat menggalakkan apabila Yasin memulakan konsert dengan pelbagai lagu-lagu yang berjaya mencuri hati peminat seperti Berkobar-kobar dan lagu tema filem yang hangat ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia, Nur Kasih.
Konsert dimeriahkan lagi dengan kehadiran pengunjung-pengunjung yang berkunjung di booth sekitar kawasan pentas. Selain itu, kemeriahan konsert diserikan lagi dengan segmen cabutan bertuah dan kuiz yang disampaikan oleh para artis manakala hadiah disediakan oleh pihak KBS sendiri.
Para peminat tidak kering gusi mendegar celoteh daripada hos pada malam itu iaitu Suffian Amrin dan Saiful yang merupakan penyampai radio terkemuka, IKIM.fm.
Antara lagu-lagu yang didendangkan oleh para artis Konsert Suara Kita ialah Seluruh Mahabbah, Ya Rabba Makkah, Belaian Jiwa 1432 dan Cahaya Seluruh Alam (Al-Mawleed) , Tanpa Agama, Intifada dan Insan (Rabbani), Kalau Berpacaran, Kau Selamanya dan Standing in the eyes of the World (Heliza), Suci Sekeping Hati dan Patah Hati (Saujana) dan Binnabil Huda, Menuju Wawasan dan Hanya Tuhan yang Tahu (UNIC). Konsert diakhiri dengan nyanyian lagu 1 Malaysia secara beramai-ramai oleh semua artis.
Berikut adalah gambar-gambar Konsert Suara Kita. (Ihsan Rabbani Production Sdn Bhd)
Yasin Sulaiman menyampaikan lagu Nur Kasih dan lagu-lagu lain dengan diiringi pemuzik terkenal, Achik.
Rabbani dengan persembahan penuh bertenaga!
Antara hadirin yang hadir di Konsert Satu Suara
Al Mawlid dengan Belaian Jiwa 1432H! Mantop!
Heliza Helmi
Saujana yang santai
Pyan Saujana dan DJ Saiful IKIM.FM mengemudi Konsert Satu Suara dengan gaya bersahaja dan menarik
UNIC membawakan lagu-lagu baru mereka dari album Hijrah.
Artis-artis yang terlibat menyanyikan lagu 1 Malaysia di penghujung konsert.-MUNSYEED.COM