Categories: TempatanTerkini

Halim Devotees Dedah Kisah Benar Disebalik Kasih

Halim Ahmad bukan suatu nama yang asing di kalangan peminat nasyid tanah air. Biarpun beliau kini sering kelihatan sibuk mengendalikan beberapa perusahaan miliknya, finalis Anugerah Nasyid IKIMFM 2014 yang juga merupakan salah seorang anggota kumpulan nasyid Devotees ini tidak pernah lupa untuk menyajikan sesuatu yang baru dan segar buat para peminat.

Dalam perkembangan terbaru, Halim yang baru sahaja menyambut kelahiran cahaya mata yang ke dua telah melancarkan single terbaru beliau yang berjudul Kasih. Single yang kini sudah boleh didapati di platform digital iTunes dan Spotify ini merupakan buah tangan terbaru hasil ciptaan Halim sendiri.

Menerusi single ini, Halim dilihat cukup berhati-hati dalam pemilihan tenaga kerja di sebalik karyanya kali ini. Selain mendapatkan sentuhan komposer Sham Kamikaze yang juga merupakan salah seorang gitaris terkenal untuk susunan muzik, Halim turut mendapatkan khidmat Azlan Abu Hassan yang cukup sinonim dengan penghasilan lagu-lagu hits Anuar Zain sebagai vocal producer. Mungkinkah lagu Kasih bakal mendapat sambutan sehebat Keabadian Cinta? Segalanya bergantung kepada penerimaan para pendengarnya kelak. Walau bagaimanapun Halim tetap optimis.

Disebalik Kasih Halim

Ketika bercerita mengenai single terbaru beliau kepada Munsyeed, Halim menjelaskan bahawa lagu Kasih ada kisahnya yang tersendiri.

“Ia inspirasi dari kisah perjalanan hidup yang saya alami”

“Lagu ini sebenarnya menceritakan tentang perasaan yang terbit ketika luahan (lamaran perkahwinan) kita diterima. Masa tu memang hati berbunga-bunga, segalanya dirasakan indah dan seronok”, jelas Halim.

Walau bagaimanapun Halim turut menambah, perasaan serta reaksi selepas lamaran diterima tidak hanya terhenti di situ. Timbul pula satu kesedaran baru tentang hakikat yang lebih besar di sebalik penerimaan lamaran tersebut.

“Tanggungjawab di alam rumah tangga itu lebih besar. Kita bukan hanya perlu menjadi seorang pencinta, malah harus menjadi penjaga serta pelindung yang akan sentiasa memberikan hanya yang terbaik buat pasangan hidup kita nanti.”, tambah Halim lagi.

Beliau juga turut menjelaskan bahawa lagu Kasih adalah sekuel kepada single Tuhan Ingin Khabarkan yang pernah diterbitkan sekitar Oktober 2013. Bagi para peminat yang sentiasa mengikuti perjalanan karier anggota Devotees ini, ianya sedikit sebanyak memberikan gambaran sebenar terhadap apa yang pernah dilalui oleh Halim sebelum ini.

“Rupanya ada hikmah yang kita tak tahu di sebalik setiap perkara yang berlaku.”, jelas beliau ketika mengakhiri temuramah bersama Munsyeed.

Dengar dan muat turun Kasih di sini https://munsyeed.lnk.to/KasihHalim

– Munsyeed

Usamah Kamaruzaman

Berkerjaya sebagai tukang kebun terhebat dunia, beliau juga bertanggungjawab dengan bahan berita penasyid tempatan & antarabangsa di Munsyeed Dot Com.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

2 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

2 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

2 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

2 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

2 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

2 months ago