Sertai Humood Alkhudher Dalam Projek Klip Video Kun Anta

Selepas kejayaan Humood Alkhudher mencipta fenomena Kun Anta di serata dunia, Humood kali ini tampil mengumumkan sebuah projek khas bersama para peminat untuk turut serta mengambil bahagian di dalam klip video rasmi Kun Anta.

Bagi menjayakan projek kerjasama ini, Awakening Records selaku syarikat yang menguruskan kerjaya seni Humood telah membangunkan sebuah laman web khas berserta video untuk tujuan ini.

Sekiranya anda ingin menyertai projek ini, apa yang anda perlukan hanyalah sebuah kamera video tidak kira samada kamera biasa ataupun yang terdapat pada telefon pintar anda dan juga sedikit keyakinan diri untuk tampil di dalam rakaman video tersebut.

Untuk memastikan setiap rakaman yang dibuat menepati kriteria serta kualiti yang diinginkan, pihak Awakening Records turut menyertakan garis panduan berikut:-

  • Pilih lokasi rakaman video yang bersesuaian samada di luar atau dalam bangunan.
  • Elakkan rakaman di tempat gelap. Sekiranya anda tidak memiliki peralatan penataan cahaya bersesuaian, gunakan penataan cahaya semulajadi di luar bangunan.
  • Sebarang jenis kamera video boleh digunakan termasuk yang terdapat pada telefon pintar anda.
  • Jika anda membuat rakaman menggunakan telefon pintar, pastikan rakaman tersebut dilakukan pada paparan mendatar dan tidak menegak.
  • Pastikan rakaman video stabil dan tidak terlalu bergoyang.
  • Mainkan lagu “Kun Anta” versi original ketika proses rakaman dilakukan.
  • Anda boleh memilih samada ingin merakam video bagi keseluruhan lagu “Kun Anta” atau hanya sebahagian daripada lagu tersebut.

Selepas selesai proses rakaman video, muat naik fail rakaman tersebut menggunakan wetransfer.com atau laman perkongsian fail yang lain (MediaFire, Dropbox, Jumpshare dll) dan hantarkan link muat turun video rakaman tersebut berserta gambar anda dalam resolusi tinggi ke KunAnta@awakening.org. Jangan lupa untuk sertakan bersama butiran peribadi anda seperti nama penuh, negara dan bandar tempat tinggal anda di dalam emel tersebut.

Tarikh tutup penyertaan ialah pada 30 September 2015.

Selamat mencuba dan semoga berjaya 🙂

Laman khas projek klip video “Kun Anta”

– Munsyeed

Usamah Kamaruzaman

Berkerjaya sebagai tukang kebun terhebat dunia, beliau juga bertanggungjawab dengan bahan berita penasyid tempatan & antarabangsa di Munsyeed Dot Com.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

2 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

2 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

2 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

2 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago