Categories: AlbumUlasan

Koleksi Nasyid Tersohor: Variasi Terbaik Nasyid Malaysia

Koleksi Nasyid Tersohor

Universal Music mengambil inisiatif menerbitkan sebuah album kompilasi nasyid terbaik sepanjang zaman berjudul Koleksi Nasyid Tersohor. Album kompilasi terbaru ini memuatkan 19 track lagu nasyid terbaik sepanjang zaman bermula dari tahun 1997 hingga 2010.

Menariknya, lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ini merupakan lagu-lagu hits terbaik artis-artis nasyid terkemuka Malaysia. Tidak cukup setakat itu, Universal music begitu bijak menyusun track demi track yang melibatkan hampir kesemua artis nasyid popular Malaysia, menjadikan album ini antara album kompilasi terbaik pernah dihasilkan. Sebagai bonus, lagu terbaru Penerang hati nyanyian The 6ixth Sense feat Saujana yang sedang popular di radio-radio tempatan melengkapkan 20 track lagu dalam album Koleksi Nasyid Tersohor ini.

Jika diteliti track demi track, lagu-lagu yang dihimpunkan dalam Koleksi Nasyid Tersohor ini masih kerap diputarkan di radio-radio dan mendapat hits view  tertinggi di laman internet terutama Youtube. Selain itu, lagu-lagu tersebut juga mempunyai kekuatannya tersendiri sehinggakan ia menjadi ‘lagu wajib’ bagi setiap kumpulan nasyid yang menyanyikan lagu tersebut.

Menampilkan 2 CD dengan 20 lagu nasyid terbaik, berikut adalah track demi track, lagu-lagu yang terdapat dalam album Koleksi Nasyid Tersohor ini:

Cover belakang CD Koleksi Nasyid Tersohor

CD1

  1. Penerang Hati – 6ixth Sense & Saujana
  2. Rabiatul Adawiyah – Inteam
  3. Fatamorgana – Hijjaz
  4. Di Hening Malam – Diwani
  5. Pergi Tak Kembali – Rabbani
  6. Satu Perjuangan – Brothers
  7. Puji Pujian – Raihan
  8. Aku Tanpa Cintamu –Mirwana & Jay Jay
  9. Nabi Anak Yatim –  Raihan & Nowseeheart
  10. Keamanan – Various Artistes  (Raihan, Rabbani, Hijjaz, Saujana, Nowseeheart, Brothers, Amaluddin, Saffone)

CD2

  1. Kasih Tak Bersyarat – Azahari Nowseeheart
  2. Hakikat Bahagia – UNIC
  3. Layar Keinsafan – Mestica
  4. Hikmah Kembara – Mirwana
  5. Bidadari – Munif Hijjaz
  6. Intifada – Rabbani
  7. Keluarga Bahagia – Saujana
  8. Nur Kasih – Inteam
  9. Damai Yang Hilang – Nowseeheart
  10. Teman Sejati – Brothers

Menarik bukan? Jadi apa tunggu lagi, cepat-cepat ke kedai muzik yang berhampiran dan dapatkan album kompilasi istimewa ini sekarang! -Munsyeed{Dot}Com

Nota: Jom sertai Peraduan Koleksi Nasyid Tersohor. Klik disini: Peraduan Koleksi Nasyid Tersohor. Tarikh tutup peraduan pada 14 Februari 2012.

 

 

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago