Kolum
9 comments

7 Artis Cetus Fenomena Luarbiasa Di Malaysia

by on February 23, 2014
 

inteam

Inteam

Kemunculan mereka mencetuskan kontroversi. Membawakan lagu-lagu nasyid yang bermesejkan cinta manusia, anak didik Hijjaz ini pernah dikritik oleh sesetengah agamawan dan tidak kurang juga segelintir peminat atas alasan membawakan lagu-lagu yang boleh membuatkan remaja khayal dan lalai. Tetapi mereka membuktikan sebaliknya apabila lagu-lagu mereka berjaya menyampaikan mesej cinta berdasarkan syariat kepada para pendengar dan menggalakkan cinta selepas kahwin.

Melalui lagu Kasih Kekasih, Impian Kasih dan Nur Kasih, Inteam menjadi ikon belia yang mempromosi cinta yang lebih indah; cinta selepas pernikahan. Tidak hairanlah lagu Nur Kasih menjadi siulan ramai anak muda pada ketika itu sehingga menjuarai Carta Mingguan Era.FM dan Carta Nasyid IKIM.FM.

Inteam menjadi trendsetter dan perintis kepada kemunculan kumpulan-kumpulan nasyid yang menyampaikan lagu bermesejkan cinta mengikut syariat. Kini, selepas lebih 10 tahun berada dalam industri, Inteam muncul dengan sebuah lagu indah yang didedikasikan khas buat golongan isteri berjudul Kau Ditakdirkan Untukku.

<<  >>

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
comments
 
Leave a reply »

 

Leave a Response