Kolum
9 comments

7 Artis Cetus Fenomena Luarbiasa Di Malaysia

by on February 23, 2014
 

Rabbani2

Rabbani

Mereka adalah bapa kepada nasyid moden dan kontemporari. Mendapat sentuhan Edry KRU, kumpulan Rabbani mendaki tangga-tangga populariti dengan lagu-lagu berentak fast beat seperti Pergi Tak Kembali dan Intifada. Walaupun pada mulanya mendapat kritikan keras dari sesetengah peminat dan rakan artis di awal kemunculan lagu Pergi Tak Kembali, namun Rabbani melalui Almarhum Ustaz Asri Ibrahim enggan berundur dari keputusan yang telah mereka sepakati. Akhirnya, Anugerah Kumpulan Nasyid Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian menjadi milik mereka sehingga tahun akhir sebelum kategori itu dimansuhkan.

Kewibawaan Rabbani melalui almarhum Ustaz Asri Ibrahim telah membuatkan ramai rakan artis seperti Dato Siti Nurhaliza, Amy Search dan Mawi menyantuni mereka dan menjadikan mereka sebagai rujukan dalam banyak perkara.

Rabbani masih giat berkarya dan baru-baru ini lagu Mawar Berdarah nyanyian Rabbani telah berjaya dinobatkan sebagai Lagu Nasyid Terbaik Anugerah Industri Muzik ke-20 (AIM20).

<<  >>

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
comments
 
Leave a reply »

 

Leave a Response