Kolum
9 comments

7 Artis Cetus Fenomena Luarbiasa Di Malaysia

by on February 23, 2014
 

akhil hayy mawi

Akhil Hayy

Pernah menganggotai kumpulan rock D’Riyadh, nama Akhil Hayy mula menjadi sebutan ramai apabila beliau tampil sebagai penceramah bebas yang sangat menghiburkan. Digelar sebagai ‘Ustaz Rock’, Akhil Hayy sering menyelitkan beberapa rangkap lagu dan pantun sewaktu menyampaikan ceramahnya. Kehebatan vokal beliau mula mendapat perhatian apabila Akhil Hayy berduet dengan Mawi, Ustaz Amal dan Almarhum Ustaz Asri menerusi lagu Sesungguhnya.

Akhil Hayy dilamar Inteam Records dan beliau tampil dengan album sulung yang berjudul Nasyid Legenda. Album ini mencatatkan jualan yang cukup mengagumkan disaat jualan album-album di pasaran yang agak perlahan akibat masalah cetak rompak.

Fenomena Ustaz Rock ini tidak terhenti disitu, Akhil Hayy tidak mengambil masa yang lama untuk menghasilkan album kedua beliau berjudul Di Bawah Satu Cahaya dan seterusnya album zikir beliau yang popular, Kembara Sufi. Perjalanan seni beliau semakin meluas apabila disunting oleh Astro untuk mengendalikan slot Cafe Akhil Hayy dan juga beberapa slot lain. Disamping itu, beliau juga pernah menjadi pengacara rancangan program realiti TV Islami No.1, Imam Muda Musim Ke-3. Akhil juga turut berduet dengan Mawi untuk lagu tema Imam Muda berjudul HambaMu.

Karier seni beliau sedikit tercalar dengan kontroversi. Ramai yang menghukum namun tidak ramai yang cuba untuk memahami apa yang terpendam dalam hati seorang lelaki seperti Akhil Hayy. Kini beliau menjalankan aktviti perniagaan beliau di Akhil Network dan aktif memimpin jemaah Malaysia mengerjakan ibadah Umrah di Tanah Suci.

<<  >>

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
comments
 
Leave a reply »

 

Leave a Response