7 Artis Cetus Fenomena Luarbiasa Di Malaysia

Maher Zain di Maher Zain Live In Concert 2010
Maher Zain
Beliau popular menerusi laman Youtube. Lagu Palestine Tomorrow Will Be Free berjaya menaikkan nama penyanyi Sweeden ini di seantero dunia. Satu persatu lagunya menjadi hits sehinggalah album sulung beliau terbit dan diedarkan di serata dunia. Beliau menerima sambutan yang luarbiasa di Malaysia dan dunia. Lagu-lagunya menjadi hits di laman Amazon.Com dan iTunes. Insha Allah, Barakallah, Allahu Kiya Karo dan banyak lagi lagunya menjadi siualan anak kecil hinggalah dewasa.
Konsert-konsert Maher Zain juga full house! Malaysia seakan rumah kedua beliau apabila melihatkan kekerapan beliau berkunjung ke negara ini. Menjalin hubungan bisnes dengan Inteam Records, Maher Zain berjaya berada di puncak populariti dengan jumlah peminat yang mencecah jutaan dan jualan album yang sangat mengujakan.
Menurut risikan tim Munsyeed International, dengarnya Maher Zain sudah memulakan proses mengumpul material untuk album ketiga beliau sebelum kemunculan album “Forgive Me” dan beberapa lagu sudah pun siap dirakam bersama beberapa artis Awakening yang baru. Nantikan kemunculannya!
AMAR pun kira mencetus fenomena,juga kan?.. dengan lagu parodi ‘Macam Cantik Je, Macam Comel Je’..
secara peribadi, Amar tak termasuk dalam kategori ni sebab apa yg dilakukan lebih kepada memanjangkan tempoh hayat fenomena Shasha Solero (betul ke eja nama dia mcm ni?)
hihihi..baik :)
pendapat peribadi sajo. hik hik..
Tak sabo plak den nak mendongar album baru maher zain
FORUM PERDANA
TEMPAT : PERKARANGAN SEKOLAH RENDAH AL IRSYAD BALOK, KUANTAN
TARIKH : 28 FEB 2014
MASA : 0900 MALAM
TETAMU JEMPUTAN : YBHG DATO’ MALEK NOR, USTAZ NAZREY JOHANI & USTAZ ZAMANI AL MESUTY
KONSERT AMAL
ARTIS : UNIC
TEMPAT : PERKARANGAN SEKOLAH RENDAH AL IRSYAD BALOK, KUANTAN
TARIKH : 01 MARCH 2014
MASA : 0900 MALAM
Hafiz Hamidun! daebak!
Sejak bila wujud clan Hafiz Hamidun? x tau pun. Nak join gak.
Maher Zain bagus sekali.