Kolum
9 comments

7 Artis Cetus Fenomena Luarbiasa Di Malaysia

by on February 23, 2014
 

Hafiz H

Hafiz Hamidun

Mula mencipta nama sebagai anak didik Hijjaz apabila beliau menyertai kumpulan nasyid remaja, UNIC. Berhasrat untuk mengembangkan lagi bakatnya, Hafiz tidak menyambung kontrak beliau dengan Hijjaz Records walaupun pada waktu itu, UNIC sedang mengecap populariti menerusi lagu-lagu hits dari Hijjaz. Hafiz mengambil peluang belajar muzik di UiTM untuk seketika sebelum muncul dengan album solo pertama beliau.

Peminat menyedari kemunculan album solo pertama dan kedua Hafiz Hamidun tetapi ia masih tidak berjaya mengukuhkan nama beliau dalam industri muzik tanahair ketika itu.

Berkat ketekunan dan sifat ingin mencuba yang tinggi, akhirnya Hafiz berjaya menemui formula kejayaan beliau dengan menghasilkan album Zikir Terapi Diri. Album ini mendapat perhatian ramai dan menjadi album terlaris di pasaran album fizikal. Tidak cukup setakat itu, album ini juga menduduki tempat teratas dalam senarai jualan album di iTunes store Malaysia.

Mengetengahkan zikir bermelodi, Hafiz menerapkan elemen terapi diri dalam setiap track album Zikir Terapi Diri beliau. Hafiz juga aktif berkongsikan testimoni pendengar album Zikir Terapi Diri di laman sosialnya dan beliau dilihat bijak mengoptimumkan laman sosialnya untuk mempromosi produk-produknya. Maka tidak hairanlah apabila album Zikir Terapi Diri ini juga telah dinobatkan oleh para peminat nasyid sebagai Album Nasyid Terbaik Munsyeed pada tahun 2012.

Satu persatu konsert Zikir Terapi Diri yang dianjurkan oleh Arteffects International mendapat sambutan luar biasa. Fenomena Zikir Terapi Diri Hafiz Hamidun masih lagi berterusan dan trend album zikir masih menguasai industri hiburan Islam sehingga ke hari ini.

7pencetus

Kesimpulan

Mereka muncul dengan kelainan dan mereka berjaya menempatkan diri di dalam sejarah industri hiburan Islam dan kami di Munsyeed kagum dengan mereka! Namun jika diteliti satu per satu kejayaan yang mereka kecapi, tidak satu pun yang terlepas daripada sebarang kontroversi. Adakah ini bermakna setiap kejayaan harus ditemani kisah-kisah ‘panas’? Apakah kontroversi-kontroversi yang pernah melanda kesemua 7 Pencetus Fenomena ini? Kami serahkan persoalan-persoalan ini kepada anda.

– Munsyeed Dot Com

<<

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
comments
 
Leave a reply »

 

Leave a Response