Kolum
2 comments

7 Fakta Menarik Mengenai Muadz Dzulkefly

by on May 28, 2014
 

Untuk segmen 7 Fakta Menarik kali ini, kita akan bersama dengan seorang artis stylo yang aktif dengan aktiviti kemanusiaan. Tidak lain tidak bukan, Muadz Dzulkefly atau lebih mesra disapa Muadz.

Jom kita lihat 7 fakta menarik mengenai Muadz! Let start!

Fakta Menarik Muadz

Muadz

  • Dulu Muadz suka makan makanan ringan yang masam. Kadang-kadang, Muadz akan pastikan ada makanan sampingan masam untuk dimakan dengan makanan dia. Tetapi itu dulu. Sekarang Muadz mengamalkan #EatClean. (Kami mengikuti perkongsian gambar makanan sihat dan workout yang dibuat oleh Muadz! Memang cukup menginspirasikan!)
  • Muadz pernah sertai pertandingan nyanyian Tamil ketika bulan Ramadhan tahun lepas. Walaupun tidak menjuarai pertandingan itu, keupayaan Muadz sehingga berjaya ke peringkat separuh akhir boleh dianggap sebagai satu pencapaian yang cukup memberangsangkan. (Lenggok Tamil Muadz memang superb!)
  • Kerana gemar aksi lasak dan sukan, lutut Muadz pernah mengalami kecederaan yang teruk. Malah, Muadz dahulu amat licik dan memerlukan 6 orang belia untuk menumpaskan beliau dalam permainan tempur dan gusti.
  • Juara silat di kampus kategori C dan juara ping pong kampus Maahad Kuwait 1997.
  • Semasa kecil berumur 5 tahun, Muadz mengikuti pengajian di Cat Steven Islamia Primary School. Malah, Muadz turut sekelas dengan anak Cat Steven @Yusuf Islam.
  • Muadz juga merupakan pilot hovercraft terlatih!
  • Pernah ditawarkan menjadi host TV beberapa kali tetapi menolak kerana beliau masih belum bersedia.

Inilah sedikit sebanyak fakta menarik yang dapat kami kongsikan kepada anda mengenai penyanyi religi terkenal ini. Dengar cerita, Muadz kini berada di Bosnia Hezegovina untuk rakaman program televisyen TV AlHijrah. Semoga segala urusan beliau berjalan lancar.

– Munsyeed Dot Com

 

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
comments
 
Leave a reply »

 

Leave a Response